Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang motosikal maut dalam dua nahas berasingan

-

KUCHING: Seorang penunggang motosikal terbunuh akibat kecederaan parah selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dikatakan terbabas di Jalan Usaha Jaya, Muara Tabuan di sini, pada Khamis.

Menurut sumber, mangsa Puuan Panjang berusia 43 tahun dan berasal dari Kampung Mongkos, Serian semasa kejadian dipercayai dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya sekitar jam 5.40 pagi.

Difahamkan, sebuah 4WD yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai hilang kawalan lalu merempuh motosikal mangsa.

“Setiba di tempat kejadian iaitu berdekatan Lorong Muara Tabuan 2, pemandu 4WD tersebut dikatakan tidak dapat mengawal kenderaann­ya lalu terbabas dan melanggar motosikal mangsa yang bergerak lurus.

“Impak pelanggara­n tersebut menyebabka­n mangsa maut di tempat kejadian,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu semasa dihubungi mengesahka­n kejadian tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia selepas diperiksa oleh anggota paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dan mayatnya juga telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk bedah siasat,” katanya.

Tambahnya, pemandu 4WD terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kedua-dua kenderaan juga telah disita untuk pemeriksaa­n Puspakom dan Jabatan Kimia,” katanya.

Di Miri, seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang­nya dipercayai melanggar sebuah 4WD di Jalan Utama BintuluMir­i berhampira­n simpang Rumah Panjang Awin Seloi, Bekenu petang Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Steven Kelling Damu berusia 18 tahun dari Rumah Buan Sungai Malang Bakong.

Alexson yang mengesahka­n kemalangan tersebut berkata, mangsa maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati 4WD yang dipandu seorang lelaki berusia 64 tahun sedang menghala ke Simpang Bekenu dari Rumah Johnson dipercayai telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah motosikal.

“Penunggang motosikal terjatuh atas jalan dan mati di tempat kejadian manakala pemandu 4WD tidak cedera,” katanya.

Alexson berkata, mayat mangsa kemudianny­a dibawa ke bahagian forensik Hospital Miri untuk pemeriksaa­n lanjut.

Kedua-dua tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? PEGAWAI penyiasat mengambil gambar motosikal mangsa kemalangan di Muara Tabuan, Kuching.
PEGAWAI penyiasat mengambil gambar motosikal mangsa kemalangan di Muara Tabuan, Kuching.
 ??  ?? REMAJA lelaki yang maut dalam kemalangan di Jalan Utama Bintulu-Miri.
REMAJA lelaki yang maut dalam kemalangan di Jalan Utama Bintulu-Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia