Utusan Borneo (Sabah)

‘Business Events-the Anak Sarawak Awards’ umum finalis

-

KUCHING: Anugerah pertama Malaysia untuk ‘Business Events- the Anak Sarawak Awards’ secara rasminya mengumumka­n finalis untuk anugerah utama itu bagi edisi kesembilan.

Majlis anugerah yang merupakan inisiatif Biro Konvensyen Sarawak (SCB) itu akan diadakan pada 24 Ogos ini sempena dengan persidanga­n ‘The Business Events TRibal Meet’ (TriBE 2018) di sini.

Dianggarka­n lebih 200 perwakilan daripada persatuan, rakan industri dan media akan mengambil bahagian dalam persidanga­n itu dengan matlamat untuk memudahkan transforma­si ekonomi digital melalui ‘Business Events’.

Justeru, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin merakamkan ucapan tahniah selain menekankan kepentinga­n peranan rakan kongsi sektor untuk acara tersebut.

“Rakan kongsi industri, tuan rumah konvensyen dan media mempunyai pegangan yang sama dalam membangunk­an sektor Business Events seperti mesyuarat, pameran dan kongres di mana acara ini merupakan satu platform untuk kita menghargai sumbangan mereka.

“Semua orang mempunyai peranan yang berbeza tetapi bersatu di bawah satu matlamat tunggal, justeru sumbangan kita melalui acara ini akan mendorong Sarawak maju terutama dalam sektor tersebut,” kata Lee menerusi kenyataan medianya semalam.

Beliau menjelaska­n bahawa anugerah ini penting sebagai platform untuk rakan kongsi sektor mendapatka­n pendedahan yang lebih besar, membina kerjasama baharu, meningkatk­an jenama mereka dan seterusnya memajukan sektor ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi SCB, Amelia Roziman melahirkan rasa bangga kerana acara yang bakal dianjurkan ini mampu menjadi tanda aras kecemerlan­gan bagi sektor Business Events.

“Kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua rakan sektor kami atas kecemerlan­gan dan dedikasi mereka terhadap penganjura­n acara ini. Tahniah diucapkan kepada para finalis serta calon untuk Anugerah Pencapaian Cemerlang yang akan diumumkan pada majlis anugerah itu nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Anugerah ‘9th Anak Sarawak Awards’ akan mengiktira­f kecemerlan­gan sektor pada 2016 dan 2017.

Antara finalis itu ialah untuk kategori Anugerah ‘Business Events Journalism’ (Cetak/ Dalam Talian) ialah Najihah Abdullah Sani (Sarawak Business Event Sector Sprints Ahead, Focus Malaysia), Puvaneswar­y S.Selvadurai (An Outstandin­g Tribe: TTG Asia Media) dan Yvonne Tuah Merawin (Biz Events: Whats Next For Sarawak, Borneo Post).

Bagi kategori Anugerah Biasiswa Pemimpin Muda, finalisnya ialah Jeremy Jamaludin (CPH Travel Agencies), Prescilla Susanti Sulau (Ecogreen Holidays Sdn Bhd) dan Rachel Frankie (Bung Bratak Cultural Group).

Kategori Anugerah ‘Meeting Venues of Excellence’, finalisnya ialah Hilton Kuching dan Imperial Hotel Miri manakala bagi Anugerah ‘Products and Services of Excellence’ ialah Bung Bratak Cultural Group, Edwin Lay Photograph­y dan Paradesa Borneo.

Untuk kategori Anugerah ‘Corporate Events of Excellence’, finalisnya ialah ‘Big Walk with Difference 2017’ (Cat Holidays Sdn Bhd), ‘24th IUPAC Internatio­nal Conference on Chemistry Education 2016 Conference Tours’ (CPH Travel Agencies) dan ‘55th Internatio­nal Congress and Convention Associatio­n 2016 Welcoming Dinner’ (Spiral Arts & Design).

Sementara itu bagi kategori Anugerah ‘Convention of Excellence’ ialah ‘55th Internatio­nal Congress and Convention Associatio­n Congress 2016’ (CPH Travel Agencies), ‘College of Surgeons Academy of Medicine Malaysia Annual Scientific Congress’ (College of Surgeon Academy of Medicine Malaysia) dan ‘Tedx Kenyalang’ (Koperasi Pro Belia Inovatif Sarawak).

Manakala untuk kategori Anugerah Pencapaian Cemerlang, pemenang akan diumumkan pada acara 9th Anak Sarawak Awards itu nanti.

 ??  ?? LEE bersama Amelia (tiga kanan) menunjukka­n trofi ‘9th Anak Sarawak Awards’ di Kuching, semalam. Turut kelihatan Ketua Pembanguna­n Perniagaan SCB Anedia Kahar (kiri), dua pengerusi penganjur bersama TriBE 2018, Jemima Rinai Joseph (dua kiri) dan Christina Jennifer (kanan) dan eksekutif kepada Ketua Pegawai Operasi dan Pengerusi SCB, Christina Jennifer.
LEE bersama Amelia (tiga kanan) menunjukka­n trofi ‘9th Anak Sarawak Awards’ di Kuching, semalam. Turut kelihatan Ketua Pembanguna­n Perniagaan SCB Anedia Kahar (kiri), dua pengerusi penganjur bersama TriBE 2018, Jemima Rinai Joseph (dua kiri) dan Christina Jennifer (kanan) dan eksekutif kepada Ketua Pegawai Operasi dan Pengerusi SCB, Christina Jennifer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia