Utusan Borneo (Sabah)

Kenanga Research kekalkan saranan ‘outperform’ kepada Gamuda

-

KUALA LUMPUR: Kenanga Research mengeka lkansarana­n ‘outperf orm’bagiG amudaBhd dengan harga sasaran lebih rendah pada RM4.30, susulan laporansya­ri katsekut umilik40 peratusnya, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) menerima tawaran pengambila­lihan daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bernilai RM2.55 bilion.

Firma penyelidik­an itu dalam satu kenyataan berkata ia menurunkan harga sasaran kepada RM4.30 berbanding RM4.35 selepas mengambil kira harga tawaran lebih rendah daripada jangkaan dalam penilaiann­ya.

“Kami percaya selepas penyelesai­an masalah air di Selangor, Gamuda akan dapat melangkah ke hadapan dan menumpukan projek masa depan seperti Pelan Induk Pengangkut­an Pulau Pinang dan Transit Aliran Massa Laluan 3 (MRT3),” katanya.

Pada Isnin, Kenanga berkata tawaran RM2.55 bilion daripada Air Selangor adalah diskaun 26 peratus daripada nilai aset bersih RM3.5 bilion setakat Disember 2017 – harga terbaik bagi kerajaan negeri Selangor.

Bagaimanap­un, ia berkata, tawaran itu masih lebih tinggi daripada tawaran bersih pada 2014 sebanyak RM250.6 juta.

Pada masa depan, Kenanga berkata ia tidak menjangkak­an sebarang dividen khas daripada hasil penjualan kerana ia percaya Gamuda akan menggunaka­nnya untuk mengurangk­an hutang, bagi menurunkan tahap kadar hutang bersihnya daripada 0.55 kali kepada 0.42 kali.

“Jumlah tertunggak nilai kontrak kekal pada RM6.4 bilion yang dijangka bertahan selama tiga tahun.

“Bagi bahagian hartanahny­a, syarikat itu mencatatka­n jualan sebanyak RM1.9 bilion pada separuh pertama 2018, membawa jualan yang belum dibilkan kepada RM2.4 bilion,” kata firma penyelidik­an itu.

Kenanga berkata risiko menurun kepada saranan itu termasuk penangguha­n tidak dijangka projek MRT2, janji urus niaga pengambila­lihan SPLASH yang menemui jalan buntu, kos input lebih tinggi daripada jangkaan dan jualan hartanah lebih rendah daripada jangkaan.

Pada jam 11.05 pagi, saham Gamuda naik empat sen atau 1.07 peratus kepada RM3.75 daripada RM3.71 pada penutup semalam, dengan 1.29 juta saham diniagakan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia