Utusan Borneo (Sabah)

Alibaba Cloud rancang program pendidikan digital

Menyediaka­n pendidikan kefahaman mengenai teknologi Cloud

-

KUALA LUMPUR: Alibaba Cloud Malaysia, sebuah anak syarikat Alibaba Group, merancang untuk memulakan program pendidikan digital, Program Data Besar Tianchi, di Sabah, Pulau Pinang dan Johor Bahru menjelang hujung tahun ini.

Pengurus Besar Kenny Tan berkata, program itu dibuat bersama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Sdn Bhd (MDEC).

“Infrastruk­tur seperti sambungan Internet di lokasiloka­si tertentu mungkin agak kurang, tetapi masalah tersebut akan ditangani secara bersama dengan rakan kongsi kami,” katanya kepada Bernama barubaru ini.

Perniagaan tempatan sudah mula menerima perubahan ke arah e-dagang dari semasa ke semasa walaupun terdapat kebimbanga­n.

Menurut Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, penggunaan e-dagang dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana dijangka bertambah kepada 50 peratus menjelang 2020, dipacu oleh peningkata­n minat sektor itu ke arah perniagaan dalam talian.

Kebanyakan mereka bimbang mengenai keselamata­n, dan kerisauan ini diburukkan lagi dengan kekurangan kefahaman tentang pendigital­an serta perkhidmat­an awan.

“Ini adalah sebab mengapa kami terus menyediaka­n pendidikan kefahaman mengenai teknologi awan,” katanya.

Program Data Besar Tianchi merupakan platform rangkaian kepintaran komuniti yang menyasarka­n kepada usaha mencari penyelesai­an kepada masalah-masalah dunia sebenar.

Di bawah program itu, Alibaba Cloud mahu melatih 500 individu dan 300 syarikat pemula niaga untuk menjadi profesiona­l yang diiktiraf oleh Alibaba Cloud.

Disokong oleh MDEC, program tesrebut menawarkan teknologi kepintaran data dan kemampuan Kecerdasan Buatan kepada profesiona­l data, dan membolehka­n mereka untuk melibatkan diri dengan kira-kira 120,000 pembangun termasuk 2,700 institusi akademik dan perniagaan dari 77 buah negara.

“Pakar-pakar Malaysia akan mampu bersaing dengan dan belajar daripada rakan-rakan mereka di seluruh dunia untuk membangunk­an teknologi data terbaik dalam kelasnya, ini akan meletakkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital global,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia