Utusan Borneo (Sabah)

Stok minyak sawit naik 1.26 peratus pada Julai

-

KUALA LUMPUR: Stok minyak sawit Malaysia meningkat 1.26 peratus kepada 2.214 juta tan pada Julai 2018 berbanding 2.187 juta pada bulan sebelumnya.

Selain itu, stok minyak sawit mentah (MSM) juga menokok sedikit sebanyak 0.80 peratus kepada 1.224 juta tan pada Julai berbanding 1.215 juta tan pada Jun.

Stok minyak sawit proses turut berkembang 1.84 peratus kepada 989,642 tan daripada 971,796 tan sebelum ini, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam laporan Prestasi Industri Minyak Sawit Malaysia bagi Julai 2018 yang diumumkan semalam.

Menurutnya, pengeluara­n MSM meningkat 12.79 peratus kepada 1.503 juta tan pada Julai daripada 1.332 juta tan pada bulan sebelumnya.

Pengeluara­n isirung sawit juga menokok 14.41 peratus kepada 361,220 tan pada bulan itu berbanding 315,731 tan yang dicatatkan pada Jun.

MPOB berkata eksport minyak sawit menambah 6.75 peratus kepada 1.205 juta tan pada Julai berbanding 1.129 juta tan pada Jun manakala eksport oleokimia sawit bertambah 14.38 peratus kepada 264,706 tan daripada 231,430 tan sebelumnya.

Selain itu, bagi tempoh sama, eksport minyak isirung sawit meningkat sebanyak 1.80 peratus kepada 74,696 tan daripada 73,378 tan pada Jun.

Bagaimanap­un, eksport hampas isirung sawit susut 25.35 peratus iaitu 150,521 tan daripada 201,625 tan sebelum ini.

Eksport biodiesel sebaliknya melonjak 58.51 peratus kepada 66,197 tan pada Julai daripada 41,762 tan pada bulan sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia