Utusan Borneo (Sabah)

Pendapatan sektor perkhidmat­an naik 8.3 peratus kepada RM414.2 bilion pada Q2

-

KUALA LUMPUR: Pendapatan sektor perkhidmat­an meningkat 8.3 peratus kepada RM414.2 bilion pada suku kedua (Q2) 2018 berbanding suku yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, pertumbuha­n itu didorong oleh perdaganga­n borong dan runcit; makanan dan minuman dan segmen penginapan yang meningkat RM24.7 bilion atau 8.1 peratus.

“Pengembang­an itu juga disumbangk­an oleh segmen maklumat dan komunikasi serta pengangkut­an dan penyimpana­n yang meningkat sebanyak RM4.6 bilion,” katanya.

Sementara itu, jumlah pendapatan setiap suku tahun meningkat RM11.2 bilion atau 2.8 peratus.

Bilangan orang yang terlibat dalam sektor ini berjumlah 3.67 juta, meningkat sebanyak 2.1 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas.

Bagi perbanding­an suku tahunan, bilangan orang yang terlibat mencatat kenaikan sebanyak 1.4 peratus.

Gaji dan upah yang dibayar meningkat 3.7 peratus kepada RM24.1 bilion.

Subsektor maklumat dan komunikasi mencatat pertumbuha­n tertinggi dalam bilangan orang yang terlibat pada 3.7 peratus, diikuti subsektor seni, hiburan dan rekreasi yang meningkat 3.1 peratus.

Gaji dan upah yang dibayar dalam subsektor pendidikan mencatat pertumbuha­n tertinggi 5.5 peratus kepada RM1.1 bilion.

Sementara itu, volum indeks perkhidmat­an mencatat pertumbuha­n 6.7 peratus kepada 158.8 mata pada suku kedua 2018 berbanding suku yang sama tahun sebelumnya. Indeks volum diselarask­an bermusim sektor ini meningkat sebanyak 1.5 peratus berbanding suku sebelumnya.

“Momentum kenaikan ini didorong oleh segmen maklumat dan komunikasi, pengangkut­an dan penyimpana­n (7.6 peratus) dan perdaganga­n borong dan runcit, segmen makanan dan minuman dan penginapan (7.2 peratus).

Segmen perkhidmat­an lain dan kewangan, segmen hartanah dan profesiona­l masing-masing mencatat peningkata­n sebanyak 6.5 peratus dan 5.1 peratus,” kata jabatan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia