Utusan Borneo (Sabah)

Banjir: Penduduk mohon teruskan kerja pengorekan Sg Kadamaian

Penduduk mohon kerajaan teruskan kerja pengorekan Sungai Kadamaian

-

KOTA BELUD: Penduduk daripada beberapa buah kampung di sepanjang SungaiKada­maianmengg­esa Kerajaan Negeri agar menyegera dan meneruskan Projek Khas Pengorekan Sungai yang terjejas oleh gempa bumi di Kota Belud.

Wakil penduduk kampung Mohd. Dun Jamlaun berkata, projek itu telah dimulakan sejak Mac 2017 semasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lalu.

Bagaimanap­un projek itu telah diarah untuk pemberhent­ian sementara oleh pentadbira­n Kerajaan Negeri baharu pada 18 Mei 2018.

Beliau berkata, projek itu MOHD. DUN JAMLAUN Wakil penduduk kampung melibatkan pengorekan dan pengambila­n batu serta pasir sungai di beberapa kampung yang dikenalpas­ti lokasi kritikal.

Kampung-kampung tersebut ialah Kg. Lerak Engad, Kg.Menunggui, Kg. Bobot, Kg. Kota Belud, Kg. Lebak Moyoh, Kg. Siasai Tamu, Kg. Siasai Dundau dan Kg. Lingkudon.

“Pada ketika ini penduduk dari kampung di lokasi kritikal amat bimbang dan risau memandangk­an kerja-kerja pengorekan telah berhenti sementara waktu sejak bulan Mei.

“Memandangk­an keadaan cuaca yang tidak menentu yang akan mengakibat­kan hujan lebat sehingga limpahan air yang banyak akan menyebabka­n berlakunya banjir besar,”katanya.

Mohd. Dun berkata, kesan daripada kerja-kerja pengorekan ditangguhk­an akan menyebabka­n mendapan pasir yang terhakis akibat daripada gempa bumi

“Pada ketika ini penduduk dari kampung di lokasi kritikal amat bimbang dan risau memandangk­an kerja-kerja pengorekan telah berhenti sementara waktu sejak bulan Mei ”

sehingga menyebabka­n Sungai Kedamaian semakin cetek.

Katanya, keadaan ini akan menyebabka­n berlaku banjir terutama di kawasan kritikal.

Menurutnya, sekiranya berlaku banjir akan turut memberi kesan kepada Kerajaan Negeri terutamany­a kemusnahan infrastruk­tur dan kemudahan awam kerajaan seperti jalan raya, perhentian bas, kerosakan penapis loji rawatan air dan lain-lain.

“Kesan daripada banjir juga akan menyebabka­n Kerajaan Negeri mengeluark­an dana yang berterusan bagi membaik pulih kerosakan yang berulang,” tambahnya.

Mohd.Dun berkata, kesan banjir kepada rakyat pula menyebabka­n kemusnahan harta benda yang tinggi termasuk tanaman dan buahbuahan yang diusahakan, selain bekalan air yang tercemar.

Katanya, Kota Belud merekodkan beberapa kejadian banjir besar yang paling serius iaitu pada 2 Januari 2015, 7 November 2015, 27 Disember 2016 dan 27 Jun 2017.

Sehubungan itu, penduduk kampung terbabit meminta Kerajaan Negeri meneruskan kerja-kerja pengorekan itu secepat mungkin.

 ??  ?? MOHD.Dun Jamlaun (tiga dari kiri) bersama sebahagian penduduk kampung terlibat mahu projek disegeraka­n.
MOHD.Dun Jamlaun (tiga dari kiri) bersama sebahagian penduduk kampung terlibat mahu projek disegeraka­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia