Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan mangsa helikopter terhempas di Jepun disahkan mati

-

TOKYO: Semua sembilan orang di dalam sebuah helikopter penyelamat yang terhempas di sebuah kawasan pergununga­n di tengah Jepun semasa satu latihan penerbanga­n telah disahkan sebagai meninggal dunia, menurut beberapa orang pegawai semalam.

Pihak polis dan anggota tentera telah menganjurk­an satu operasi mencari dan menyelamat selepas helikopter tersebut terjunam ke dalam sebuah hutan pada Jumaat lepas di wilayah Gunma, barat laut Tokyo.

“Kesemua sembilan orang telah disahkan meninggal dunia pada tengah hari ini,” seorang pegawai tempatan memberitah­u AFP. Mangsa-mangsa merupakan pegawai pengurusan bencana dan anggota bomba termasuk juruterban­g dan seorang mekanik penerbanga­n, menurut pihak berkuasa.

Rakaman udara disiarkan dalam televisyen Jepun menunjukka­n bangkai helikopter yang terhempas di celah pokok-pokok, ketika pihak kerajaan menghantar pihak penyiasat kemalangan pesawat ke tempat kejadian.

Helikopter Bell 412 itu meninggalk­an pangkalann­ya pada pagi kelmarin bagi satu penerbanga­n selama dua jam bagi meninjau laluan pendakian dari ruang udara namun tidak kembali ke pangkalan serta terputus hubungan dengan pihak kawalan laluan udara.

Pada Februari, dua juruterban­g telah terkorban dalam satu nahas helikopter tentera di selatan Jepun. Helikopter itu terhempas tujuh minit selepas berlepas, menuju ke arah dan membakar sebuah rumah, yang telah musnah sepenuhnya dalam kemalangan itu.– AFP

 ??  ?? HELIKOPTER dinaiki pasukan mencari dan menyelamat meninjau kawasan helikopter terjunam ke dalam sebuah hutan di wilayah Gunma, barat laut Tokyo Jumaat lepas. AFP
HELIKOPTER dinaiki pasukan mencari dan menyelamat meninjau kawasan helikopter terjunam ke dalam sebuah hutan di wilayah Gunma, barat laut Tokyo Jumaat lepas. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia