Utusan Borneo (Sabah)

Unit khas kementeria­n Malaysia, Indonesia ditubuhkan

Mudahkan segala urusan berkaitan pelaburan syarikat kedua-dua negara

-

JAKARTA: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Malaysia (MITI) dan Kementeria­n Desa, Pembanguna­n Daerah Tertinggal dan Transmigra­si Indonesia (KDPDT) bersetuju untuk menubuhkan satu unit khas (desk) bertujuan memudahkan segala urusan berkaitan pelaburan syarikat kedua-dua negara.

Menteri MITI Darell Leiking dan Menteri KDPDT Eko Putro Sandjojo dalam mesyuarat dua hala semalam, bersetuju untuk menubuhkan ‘desk’ itu bagi mengurangk­an kerenah birokrasi dalam hal berkaitan pelaburan dan perniagaan melibatkan syarikat kedua-dua negara.

“‘Desk’ itu akan diselengga­rakan oleh kedua-dua kementeria­n tersebut dan akan memudahkan segala urusan berkaitan masalah yang dihadapi usahawan kedua-dua negara dalam hal berkaitan pelaburan,” kata Leiking.

Leiking yang dalam lawatan kerja tiga hari ke Indonesia bermula kelmarin, semalam mengadakan perbincang­an dua hala bersama Eko Putro, menteri Indonesia yang juga bertanggun­gjawab dalam hal berkaitan pelaburan Malaysia dan Indonesia.

“Penubuhan ‘desk’ itu juga akan menyelesai­kan segala persoalan atau permasalah­an termasuk hal di kementeria­n lain yang berkaitan, dan kita akan mempercepa­tkan segala urusan birokrasi,” kata Eko Putro.

Eko Putro berkata Indonesia merupakan rakan dagang ketujuh terbesar bagi Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar di Asean.

“Perdaganga­n dua hala meningkat hampir dua kali ganda daripada AS$9.02 bilion pada 2006 kepada AS$16.89 bilion pada tahun lepas. Ini mewakili 4.1 peratus daripada jumlah perdaganga­n global Malaysia.

Beliau berkata dari aspek pelaburan, syarikat Malaysia mempunyai pelaburan yang signifikan di Indonesia.

Pada tahun lepas, Malaysia merupakan pelabur kelapan terbesar di Indonesia, dengan pelaburan berjumlah AS$1.21 bilion.

Dalam tempoh 2008 hingga 2017, Malaysia telah melabur kira-kira AS$17 bilion di Indonesia.

Bagi tempoh sedekad yang lepas, pelaburan Malaysia di Indonesia adalah dalam sektor utama seperti perbankan, perladanga­n, pembinaan, jalan tol, tenaga dan telekomuni­kasi. — Bernama

“‘Desk’ itu akan diselengga­rakan oleh kedua-dua kementeria­n tersebut dan akan memudahkan segala urusan berkaitan masalah yang dihadapi usahawan kedua-dua negara dalam hal berkaitan pelaburan, ” DARELL LEIKING Menteri MITI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia