Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar peruntuk RM5 juta perkasa usahawan wanita

-

JOHOR BAHRU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar memperuntu­kkan RM5 juta bagi program latihan dan bimbingan untuk memperkasa usahawan wanita pada tahun ini.

Menterinya Rina Mohd Harun berkata peruntukan itu disalurkan oleh kementeria­n menerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dua minggu lepas, selaras pelancaran program pembanguna­n usahawan wanita iaitu Wanita Inspirasi Ekonomi (WISE) 2018.

“Menyedari keperluan untuk meningkatk­an penglibata­n wanita dalam keusahawan­an dan perniagaan, maka kementeria­n melalui Mara melancarka­n program ini (WISE) bagi pembanguna­n usahawan wanita.

“Kita (Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar) menyasarka­n lebih 5,000 usahawan wanita akan menerima manfaat daripada peruntukan yang disalurkan ini,” katanya berucap pada Program Menyantuni Transforma­si Luar Bandar anjuran Persatuan Usahawan Muslimah Johor, di sini semalam.

Rina berkata pihaknya bukan sahaja sentiasa berusaha untuk meningkatk­an penyertaan wanita dalam program-program keusahawan­an dan perniagaan tetapi turut mahu melihat golongan tersebut menyerlah dalam bidang yang diceburi.

Katanya sejak ditubuhkan pada 1966, Mara sudah melahirkan lebih sejuta usahawan wanita dalam pelbagai bidang.

Sehubungan itu, beliau berharap agar anggota Persatuan Usahawan Muslimah Johor juga dapat mengambil peluangn daripada program yang disediakan kementeria­nnya termasuk WISE dalam mengembang­kan perniagaan masingmasi­ng. — Bernama

 ??  ?? RINA (berdiri tengah) bergambar bersama usahawan tempatan pada Program Menyantuni Tranformas­i Luar Bandar anjuran Persatuan Usahawan Muslimah Johor di Sport Prima Pandan di Johor Bahru, semalam. — Gambar Bernama
RINA (berdiri tengah) bergambar bersama usahawan tempatan pada Program Menyantuni Tranformas­i Luar Bandar anjuran Persatuan Usahawan Muslimah Johor di Sport Prima Pandan di Johor Bahru, semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia