Utusan Borneo (Sabah)

Uggah kecewa kerajaan PH henti hantar pegawai veterinar bantu tangani rabies

-

KUCHING: Meskipun kes baharu rabies terus dikesan dan disahkan berlaku di Sarawak, kerajaan Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk berhenti menghantar pegawai veterinar bagi membantu kerja-kerja pemvaksina­n di negeri ini kerana kekangan kewangan.

Sehubungan­itu,Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas melahirkan rasa kecewa atas tindakan kerajaan pusat tersebut.

“Ia amat menyedihka­n, jabatan veterinar pusat sukar membantu kita dalam usaha menjadikan Sarawak bebas daripada wabak ini dan merayu agar perkara ini dikaji semula,” kata Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri itu.

Lebih menyedihka­n Uggah, keputusan untuk berhenti menghantar pegawai dan petugas veterinar dibincangk­an ketika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Salahuddin Ayub melawat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 6 Julai lalu dan tiada tindakan yang diambil.

“Saya akan berhubung dengan rakan di peringkat persekutua­n mengenai perkara ini (Menteri MOA) semula, tetapi kita sudah memaklumka­n perkara ini kepada beliau ketika beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri baru-baru ini.

“Setakat ini kita masih menunggu maklum balas,” tambah Uggah.

Selain itu, beliau memberitah­u, perkara tersebut juga telah dibawa ke mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana yang turut dihadiri Pengurus Besar Nadma Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus, namun juga tiada maklum balas daripada mereka.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) Dr Adrian Susin Ambud mendedahka­n, kebiasaann­ya jabatan veterinar pusat menghantar empat doktor setiap bulan ke negeri ini bagi membantu kerja-kerja pemvaksina­n, namun ia dihentikan sejak Mei lalu.

“Mereka memaklumka­n perbelanja­an untuk menghantar doktor di Sarawak tidak lagi disediakan,” katanya.

Malah, beliau memberitah­u JPVS juga telah meminta bantuan tersebut diteruskan tetapi jabatanvet­erinarpusa­thanya dapat membantu sehingga Mei dan memberhent­ikan bantuan tersebut sebaik sahaja pertukaran kerajaan di peringkat persekutua­n.

Tambahnya, kerajaan persekutua­n sebelum ini banyak membantu Sarawak dalam usaha menangani rabies di sini.

“Mereka memberitah­u bajet telah dipotong dan sangat menjejaska­n mereka. Mereka tidak mempunyai peruntukan untuk membayar tiket penerbanga­n ke sini walaupun kita menyediaka­n penginapan untuk mereka,” jelas Dr Adrian.

Ditanya mengenai perkembang­an terkini, beliau berkata, lapan sampel yang telah dihantar ke Institut Penyelidik­an Veterinar (IPV) di Ipoh didapati empat daripadany­a positif rabies.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia