Utusan Borneo (Sabah)

‘Crazy Rich Asians’ tampil barisan pelakon semua Asia

tampil barisan pelakon semua Asia

-

FILEM ‘Crazy Rich Asians’ mungkin filem Hollywood pertama dalam tempoh 25 tahun dengan barisan pelakon seluruh Asia tetapi pembuat filem berharap ia akan dinikmati penonton filem dari semua latar belakang.

Komedi romantik tentang seorang warga New York berbangsa Asia-Amerika yang pergi ke Singapura untuk berjumpa dengan keluarga teman lelakinya yang kaya dan terikat dengan tradisi berbangsa Cina itu berdasarka­n buku dengan tajuk sama tulisan Kevin Kwan yang paling laris dijual pada 2013.

“Ia sudah terlalu lama sejak kita mempunyai barisan pelakon seluruh bintang

Asia dalam filem studio Hollywood, tetapi pada waktu yang sama, filem ini adalah untuk semua orang,” kata Kwan kepada Reuters di tayangan perdana permaidani merah di Los Angeles pada Khamis lepas. “Buku-buku saya dibaca di seluruh dunia dalam 20 bahasa, dan di AS, 80 peratus pembaca saya adalah warga Texas, Oklahoma, Kansas – iaitu orang berkulit putih – dan mereka amat menyukai buku saya. Jadi ia adalah sebuah filem yang semua orang dapat menikmati dan hargai,” katanya.

Filem tersebut dibintangi aktres-aktres yang berjaya seperti Tan Sri Michelle Yeoh, dari ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon’, dan Constance Wu dari komedi televisyen AS ‘Fresh Off the Boat’ selain wajah baharu seperti aktres dan penyanyi rap New York, Awkwafina, dan Henry Golding, yang dibesarkan di Britain.

Pengarah Jon M. Chu berkata tidak ada satu filem yang dapat mewakili semua orang Asia di dunia tetapi dia berharap jalan cerita dan pelbagai pelakon dalam ‘Crazy Rich Asians’ akan menunjukka­n bahawa “kita pelbagai lapis dan rumit dan bukan sekadar lelaki komputer atau teman seks yang menjadi watak sampingan”.

“Semua perkara ini hanya membantu untuk memberikan lebih banyak maklumat kepada orang tentang siapa kita sebagai satu bangsa dan membantu membezakan bahawa kita bukan sekadar satu tompok yang berbangsa Asia,” kata Chu.

Filem studio Hollywood terakhir yang memakarkan barisan pelakon Asia yang ramai adalah ‘The Joy Luck Club’ pada 1993.

‘Crazy Rich Asians’ mula ditayangka­n di seluruh dunia pada 15 Ogos. — Reuters

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia