Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n teliti semula definisi sekolah daif

definisi sekolah daif

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pendidikan kini dalam usaha meneliti semula definisi sekolah daif di seluruh negara, kata Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, usaha itu perlu dibuat bagi membolehka­n semua agensi di bawahnya menggunaka­n definisi yang sama.

“Ia harus dilakukan agar kita boleh menggunaka­n kriteria yang sama untuk menentukan mana satu projek yang perlu diberi keutamaan.

Ada beberapa kriteria yang diambil kira termasukla­h lokasi dan penyediaan asrama dan kuartes guru. Memang ini semua adalah kriteria yang akan dipertimba­ngkan,” katanya dalam sesi soal jawab lisan pada persidanga­n Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) yang ingin tahu tahap keselesaan guru dan murid yang harus dipertimba­ngkan dalam perancanga­n kerajaan untuk membina dan pembaikan sekolah daif.

Menjawab soalan asal, Teo yang juga Anggota Parlimen Kulai berkata, sebanyak 120 buah sekolah di Sabah telah dikenal pasti bagi pembaikan sekolah daif melibatkan agensi pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementeria­n Pendidikan.

“Sebanyak 37 buah sekolah diserah kepada JKR Sabah untuk pelaksanaa­n pembaikan sekolah daif manakala 83 lagi akan dilaksanak­an oleh kementeria­n.

Bagi Parlimen Kalabakan, Sekolah Kebangsaan Sungai Hj Matahir dalam pelaksanaa­n dan dijangka siap pada 30 Sept, 2018 melibatkan enam bilik darjah dan satu bilik sains,” katanya. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia