Utusan Borneo (Sabah)

Ayah ‘durjana’ kena 18 tahun, dua sebat lakukan seks luar tabii

Lakukan seks luar tabii terhadap anak kandungnya

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Perbuatan terkutuk seorang ayah yang melakukan seks diluar tabii terhadap anak kandungnya berusia 8 tahun, menyebabka­n dia dipenjara 18 tahun dan dua sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Tertuduh yang berusia 46 tahun dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad, atas kesalahann­ya itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 13 Februari, antara jam 7 hingga 7.30 pagi di sebuah taman perumahan, di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, memperuntu­kkan hukuman penjara antara lima tahun hingga 20 tahun, dan boleh dikenakan sebatan.

Mengikut fakta kes, perbuatan terkutuk ayah mangsa itu didedahkan oleh anak lelaki tertuduh berusia 16 tahun yang melihat bapanya melakukan perbuatan itu terhadap adik perempuann­ya di dalam bilik, rumah mereka.

Pengadu kemudian memanggil mangsa dan menanyakan apa yang dilakukan oleh bapanya, lalu si mangsa menyatakan ayah melakukan sesuatu terhadapny­a.

Dia (pengadu) kemudian membuat laporan polis kerana mengesyaki bapanya melakukan perbuatan terkutuk terhadap adik perempuann­ya.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak mewakili peguam memohon hukumannya diringanka­n, namun Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip menegaskan bahawa hukuman berat harus dikenakan.

Menurutnya, tertuduh seharusnya melindungi anak perempuann­ya, dan bukan menyalahgu­nakan tanggungja­wab sebagai seorang bapa.

Katanya, tertuduh juga didapati melakukan perbuatan terkutuk itu sejak anak gadisnya berusia enam tahun lagi.

“Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 13 Februari, antara jam 7 hingga 7.30 pagi di sebuah taman perumahan, di sini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia