Utusan Borneo (Sabah)

Adun Kiulu cadang tubuh Unit Hal Ehwal Agama Bukan Islam

-

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai mencadangk­an penubuhan Unit Hal Ehwal Agama Bukan Islam di Sabah.

Bagaimanap­un, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal berkata, tidak ada keperluan untuk unit itu kerana semua perkara yang berkaitan badan agama bukan Islam telah diurus oleh Kementeria­n Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri.

Menjawab soalan tambahan yang dikemukaka­n oleh Joniston, Shafie berkata Pembantu Menteri UndangUnda­ng dan Hal Ehwal Anak Negeri Jannie Lasimbang telah diberikan tugas untuk menangani isu-isu yang berkaitan badan-badan agama bukan Islam.

Joniston membuat cadangan itu berdasarka­n alasan bahawa Sabah mempunyai bilangan besar denominasi agama bukan Islam dan keperluan mereka juga perlu dipertimba­ngkan.

Wakil rakyat Kiulu itu memberitah­u Dewan bahawa dia difahamkan Kerajaan Negeri Sarawak telah mewujudkan unit berkenaan.

“Saya fikir unit sedemikian adalah penting, antara lain bagi memastikan bantuan kewangan kerajaan kepada badan-badan agama bukan Islam mencapai kumpulan sasaran,” katanya.

Beliau mengemukak­an soalan tambahan selepas Shafie menjawab soalan asalnya sama ada Kerajaan Negeri baharu akan menyediaka­n serta menambah geran kepada badan bukan Islam serta sekolah mubaligh dan sekolah persendiri­an Cina.

Shafie yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaanny­a akan meneruskan penyediaan geran itu tetapi keputusan untuk peningkata­n itu bergantung kepada keupayaan kewangan negeri.

Beliau juga berkata jumlah peruntukan tahunan yang dikeluarka­n untuk badanbadan agama bukan Islam serta sekolah mubaligh dan sekolah persendiri­an Cina hanya RM17 juta dan bukan RM30 juta seperti yang diumumkan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Kepada soalan tambahan Joniston, Shafie berkata cadangan kerajaan untuk membayar elaun pastor Kristian tidak dapat dilaksanak­an kerana kekangan kewangan.

Beliau mahu melaksanak­an cadangan itu kerana berpendapa­t kerajaan negeri mempunyai rizab RM4 bilion.

“Bagaimanap­un, saya mendapati bahawa rizab negeri kita kurang daripada RM2 bilion,” katanya.

 ??  ?? JONISTON
JONISTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia