Utusan Borneo (Sabah)

Peruntukan tambahan lebih RM592 juta lulus

Bagi pastikan perjalanan jentera kerajaan lancar

-

KOTA KINABALU: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama 2018 sebanyak RM592,310,727.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, semua anggaran tambahan itu penting bagi memastikan perjalanan jentera pentadbira­n kerajaan dapat bergerak dengan lancar.

“Sebahagian besar daripada jumlah itu, iaitu RM334,879,850 diperlukan bagi tujuan pelarasan akaun semata-mata untuk mematuhi peraturan perakauan. “Sebanyak RM84,979,850 daripada jumlah itu digunakan untuk menyelesai­kan Akaun Pendahulua­n Diri yang telah dibelanjak­an manakala, RM250,000,000 pula adalah bagi tujuan Caruman Kepada Kumpulan Wang Berkanun Negeri,” katanya ketika membentang­kan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama 2018 di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15.

Beliau berkata, hanya RM257,430,877 sahaja yang sebenarnya melibatkan pengaliran wang tunai dalam Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2018.

Katanya, peruntukan terbesar yang melibatkan aliran wang tunai adalah sebanyak RM119, 383,000 adalah bagi menampung keperluan mendesak di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur meliputi perbelanja­an pembelian bekalan air dan pengendali­an loji air di seluruh negeri serta melunaskan pembayaran tunggakan kepada syarikat konsesi air.

“RM23,264,000 digunakan untuk menampung perbelanja­an penyelengg­araan sistem perparitan utama dan kerja

pengairan serta saliran di seluruh negeri. “Sebanyak RM20,868,353 pula diperuntuk­kan untuk pembayaran­bil-bilutiliti­dan sebanyak RM23,000,000 pula diperuntuk­kan untuk pembayaran perkhidmat­an pengurusan f asi liti bangunan Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS),” katanya.

Shafie yang juga Menteri Kewangan berkata, sejumlah RM10,943,400 akan diperuntuk­kan bagi menampung pembayaran elaunketua-ketuakampu­ng. Selebihnya RM49,218,524 adalah bagi membiayai perbelanja­an emolumen (tunggakan gaji, elaun lebih masa dan gantian cuti rehat).

Tambahnya, ia juga untuk perbelanja­an pentadbira­n pejabat seperti penyelengg­araan bangunan, kenderaan dan janakuasa serta perkhidmat­an keselamata­n.

Dalam pada itu, Shafie menjelaska­n Tambahan Anggaran Pembanguna­n 2018 memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM55,570,900 yang melibatkan 21 vot peruntukan di bawah empat kementeria­n.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM1,869,980 diperlukan untuk pembayaran ke atas projek-projek yang sudah dilaksanak­an pada tahun lepas tetapi tidak sempat dibayar dalam tahun kewangan 2017.

“RM31,473,920 pula diperuntuk­kan untuk menampung kekurangan peruntukan semasa bagi projek-projek yang sudah komited dengan kontrak serta projek-projek akan disiapkan pada 2018.

“Sementara itu, sejumlah RM22,200,000 lagi adalah diperuntuk­kan bagi menampung peruntukan khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta para menteri dan pembantu menteri yang baharu,” katanya.

Sebahagian besar daripada jumlah itu, iaitu RM334,879,850 diperlukan bagi tujuan pelarasan akaun semata-mata untuk mematuhi peraturan perakauan.

DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

 ??  ?? KETUA Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal bersalaman dengan orang ramai selepas penangguna­h hari pertama Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.
KETUA Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal bersalaman dengan orang ramai selepas penangguna­h hari pertama Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia