Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan bercadang naik taraf Kolam Air Panas Poring

-

KERAJAAN bercadang agar kawasan pelanconga­n Kolam Air Panas Poring Ranau dinaik taraf bagi menarik lebih ramai pelancong destinasi itu.

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata, sudah tiba masanya destinasi pelanconga­n itu dinaik taraf memandangk­an sangat popular dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.

“Akibat kedatangan pelancong yang ramai, kawasan itu dilihat boleh diperluask­an dengan menambah pelbagai kemudahan lain seperti rumah chalet. “Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar bercadang untuk menambah tiga kolam air panas dan 10 sehingga 20 rumah chalet di kaki bukit kawasan itu,” katanya pada sidang media selepas sesi soal jawab di Pesidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15.

Beliau berkata, sekiranya cadangan itu diluluskan Kabinet negeri, satu kertas kerja akan disediakan untuk perlaksana­an kerja naik taraf itu.

Katanya, yuran yang dikenakan kini adalah sangat rendah dan tidak mampu menampung kos penyelengg­araan kawasan pelanconga­n itu.

“Chalet yang dibina nanti ini akan mengenakan yuran kemasukan tinggi khususnya kepada pelancong asing.

“Hasil yang didapati itu sekali gus mampu menampung kos penyelengg­araan persekitar­an kawasan pelanconga­n itu,” katanya.

Menurutnya, pada tahun lalu seramai 416,000 orang datang ke Kolam Air Panas Poring yang terdiri 80 peratus pelancong domestik dan 20 peratus pelancong asing.

 ??  ?? CHRISTINA (duduk) merakamkan gambar kenangan selepas sidang media.
CHRISTINA (duduk) merakamkan gambar kenangan selepas sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia