Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan negeri sambut baik

Keputusan tidak kenakan SST terhadap bahan binaan

- Oleh YAP SIONG HAN (tengah) bersama tetamu kehormat lain menyempurn­akan gimik perasmian majlis itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengalualu­kan keputusan kerajaan Persekutua­n untuk tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST)

Timbalan Ketua Menteri

ke atas bahan binaan bangunan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, pengumuman yang dilakukan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng itu adalah bertepatan pada masanya.

“Perkara ini sudah saya katakan sebelum ini supaya pembekal bahan binaan dapat turunkan harga agar kos pembinaan rumah di negeri ini dapat dikurangka­n.

“Kita sangat alu-alukan keputusan kerajaan Pusat, ia tepat pada masanya dengan kehendak kita,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ulang Tahun ke-21 Persatuan Elektrik Sabah, di sini, malam Ahad.

Beliau berharap pengumuman itu dapat diikuti dengan pelaksanaa­n serta-merta tanpa sebarang penangguha­n.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut berpendapa­t komponenko­mponen elektrik juga sebahagian daripada pembinaan bangunan, sekiranya kos bahan itu dapat dikurangka­n, ia turut membawa manfaat kepada rakyat.

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa bangunan perumahan dan komersil harus mempunyai pemeriksaa­n secara berkala.

“Khususnya bangunan lama, sistem pendawaian sudah sudah berpuluh tahun lamanya, pemeriksaa­n perlu dilakukan,” katanya.

Menurutnya, semua pihak perlu bersedia berhadapan perubahan khususnya sistem elektrik memandangk­an teknologi kini yang semakin maju.

Katanya, sekiranya tidak peka, Sabah akan ketinggala­n dari segi penggunaan sistem pendawaian terkini.

“Perkara ini sudah saya katakan sebelum ini supaya pembekal bahan binaan dapat turunkan harga agar kos pembinaan rumah di negeri ini dapat dikurangka­n. Kita sangat alu-alukan keputusan kerajaan Pusat, ia tepat pada masanya dengan ” kehendak kita. DATUK DR JAUJAN SAMBAKONG

 ??  ?? JAUJAN
JAUJAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia