Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik premis kecantikan didenda RM4,500, penjara 14 hari

-

KOTA KINABALU: Seorang pemilik premis kecantikan dikenakan denda RM4,500 dan penjara 14 hari oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan memiliki produk dan kosmetik yang tidak berdaftar dan bernotifik­asi.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhka­n hukuman itu terhadap Sapariah Sinin,48, selepas mengaku salah atas pertuduhan itu.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan terbabit pada 22 Januari jam 11 pagi, di Kedai Kecantikan Puteri Ameera Beauty, Giant Kolombong.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh didenda RM2,500 dan penjara tujuh hari kerana memiliki 24 jenis produk yang tidak berdaftar dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Antara produk yang dijual seperti Cellmaxx, Herbal Detox, Minyak Herba Asma, dan Aroma Terapi Herborist.

Tertuduh didapati melanggar peraturan 7 (1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952 memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun.

Bagi kesalahan kedua, Sapariah diperintah­kan membayar RM2,000 kerana melanggar Peraturan 18A (1) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana memiliki lima jenis kosmetik yang tidak bernotifik­asi iaitu Krim Dnars Sunny, Kolagen Krim Siang/ Malam dan Tati Skincare.

Sekiranya gagal membayar denda itu, tertuduh akan dipenjara selama tujuh hari.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Farmasi mengatakan produk yang dirampas itu tidak berdaftar dengan KKM dan mengandung­i bahan yang boleh memudaratk­an kesihatan kulit pengguna.

Pendakwaan meminta hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran kepada penjual dan juga sebagai peringatan kepada mereka yang lain.

Tertuduh yang tidak mewakili peguam, meminta mahkamah untuk meringanka­n hukuman yang dikenakan terhadapny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia