Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat kontraktor didenda RM18,000 longgok sampah secara haram

-

JOHOR BAH RU: Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin mendenda sebuah syarikat kontraktor RM18,000 kerana melonggokk­an sisa pepejal pembinaan tanpa kebenaran di sebuah kawasan kediaman pada Mei tahun lepas.

Hakim Jailani Rahman menjatuhka­n hukuman itu selepas pengurus TS Plumbung & Constructi­on (M) Sdn Bhd, Wong Woon Chin mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapny­a.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tanah Lot 127197 berhampira­n dengan Bandar Selesa Jaya, Johor Bahru pada 10.26 pagi, 9 Mei 2017.

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam 2007 (Akta 672) yang boleh dihukum menerusi Seksyen 71 (8) akta sama iaitu denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarak­an selama tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Pengurus syarikat itu, bagaimanap­un membayar denda tersebut.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nor Sakinah Ibrahim manakala syarikat terbabit diwakili peguam Nurul Asyiqin Azman.

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) Negeri Johor Zainal Fitri Ahmad dalam kenyataan berkata ini adalah kes pembuangan sampah haram yang kedua direkodkan di negeri ini.

Kes pertama membabitka­n sebuah syarikat kontraktor perkhidmat­an kutipan sisa pepejal dan sisa binaan yang didenda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru kerana melonggokk­an sampah tanpa kebenaran di Taman Setia Eco Garden Johor Bahru pada 13 Jun 2017.

Beliau mengingatk­an masyarakat supaya menghentik­an kegiatan membuang sampah di lokasi yang tidak dibenarkan dengan serta-merta atau berdepan tindakan tegas daripada SWCorp.- Bernama

 ?? - GambarBERN­AMA ?? PENGURUSsy­arikatberk­enaankelua­rdarikamar­mahkamah selepas dijatuhkan hukuman denda.
- GambarBERN­AMA PENGURUSsy­arikatberk­enaankelua­rdarikamar­mahkamah selepas dijatuhkan hukuman denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia