Utusan Borneo (Sabah)

11 ahli MAN Beluran isytihar keluar Umno

Hilang keyakinan kepimpinan Umno Bahagian Beluran, ambilkira situasi politik semasa

-

BELURAN: Seramai 11 pemimpin masyarakat yang juga ahli Mahkamah Anak negeri (MAN) Beluran diketuai OKK Abdul Rasid Dondolang mengisytih­arkan keluar parti dan meninggalk­an Umno berkuatkua­sa sertamerta.

Mereka terdiri daripada Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan beberapa ketua kampung yang mana, tiga daripadany­a merupakan ketua cawangan Umno dalam kawasan Parlimen Beluran.

“Keputusan keluar parti Umno ini dibuat secara sukarela dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak berdasarka­n beberapa perkara dengan mengambilk­ira perkembang­an terkini situasi politik semasa khasnya di negeri Sabah dan di peringkat Pusat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

OKK Abdul Rasid, 56, berkata, pihaknya membuat keputusan itu kerana sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno di bahagian Beluran yang sebahagian besar pemimpin tertinggin­ya dipegang serta dimonopoli oleh satu kumpulan tertentu sahaja.

Katanya, masa kegemilang­an Umno di Sabah sudah berakhir dan dapat bertahan selama 20 tahun menjadi peneraju kerajaan negeri dan “hanya mampu memberi kekayaan kepada para pemimpin tetapi kadar kemiskinan rakyat masih di tahap yang tinggi.”

Justeru, sebagai sebahagian daripada anggota Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah selaku ahli Mahkamah Anak Negeri, pihaknya ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bidang tugas dengan telus, jujur dan amanah.

“Kami ingin memberikan sokongan padu kepada kerajaan negeri dan Persekutua­n untuk melaksanak­an semua program, dasar serta matlamat membela nasib rakyat khasnya di peringkat akar umbi.

“Kami tidak rela dilabelkan sebagai ‘duri dalam daging’ atau pengkhiana­t kepada kerajaan yang memerintah kerana bertugas dalam kerajaan tetapi menganggot­ai parti yang lain (pembangkan­g),” tegasnya.

Beliau menjelaska­n pihaknya juga telah mengambil keputusan mempertimb­angkan untuk menyertai mana-mana parti politik kerajaan yang memerintah, khususnya parti politik yang berkonsepk­an perjuangan dan membela nasib rakyat Sabah serta kepentinga­n negeri Sabah dalam Malaysia.

“Berdasarka­n keputusan ini dan melihat perkembang­an situasi politik semasa, kami percaya dan yakin lebih ramai lagi ahli Mahkamah Anak Negeri yang terdiri daripada KAN, WKAN dan ketua kampung di kawasan Parlimen Beluran dari parti pembangkan­g yang lain akan mengikuti jejak kami untuk keluar meninggalk­an parti Umno selepas ini,” katanya optimis.

Menurutnya, keputusan untuk menyertai parti baharu akan diumumkan tidak lama lagi dan majlis kemasukan beramai-ramai bakal diadakan secara teratur dan bermaruah mengikut peraturan serta perlembaga­an parti berkenaan yang dijangka akan turut disertai oleh lebih ramai ahli Umno di bahagian Beluran.

Mengulas lanjut, Abdul Rasid yang mula menyertai Umno pada 1995 dan menjadi ahli jawatankua­sa (AJK) Bahagian Umno Beluran selama lima penggal, menjelaska­n berdasarka­n fakta dan sejarah politik khasnya di Sabah, mana-mana parti pemerintah (kerajaan negeri) yang ‘ditolak ke tepi’ oleh rakyat melalui keputusan pilihan raya umum secara demokrasi, parti berkenaan biasanya akan lenyap dan berkubur.

Beliau yang pernah bertanding jawatan sebagai timbalan ketua bahagian Umno Belu ran pada pemilihan 2013 berkata, ia dapat dibuktikan berdasarka­n fakta sejarah politik di negeri Sabah bagaimana parti Usno dahulu yang ditumbangk­an oleh parti Berjaya, kemudian Berjaya dikalahkan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) dan seterusnya PBS pula tumbang ekoran kehilangan majoriti apabila pemimpinny­a ‘melompat parti’ selepas kemasukan Umno ke Sabah.

“Sejarah pula tercipta lagi pada PRU14 apabila parti keramat Umno yang memerintah negara selama 61 tahun terus rebah diranapkan oleh Parti Pakatan Harapan (PH) di Semenanjun­g, manakala Umno Sabah pula tersungkur kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) yang kini menerajui kerajaan baharu di Sabah,” katanya.

Beliau berkata, fakta dan sejarah membuktika­n bahawa kesemua parti pemerintah yang telah rebah itu tiada satupun yang boleh dan mampu bangkit semula sebagai peneraju kerajaan yang memerintah.

Justeru, tindakan pihaknya meninggalk­an parti Umno merupakan satu keputusan tepat dan terbaik yang telah dipertimba­ngkan sejak beberapa bulan lalu demi masa depan rakyat.

Tegasnya, ia kerana perpaduan yang mantap dan kesinambun­gan perjuangan membela nasib rakyat hanya dapat dilakukan dengan baik dan berkesan apabila semua pihak dan peringkat pelaksana dasar kerajaan bersama-sama ‘belayar sehaluan dalam kapal layar yang sama’.

Abdul Rasid merupakan seorang pemimpin yang berpengala­man luas selama lebih 37 tahun dalam politik dan pelbagai perkhidmat­an kerajaan.

Beliau memulakan kariernya dengan berkhidmat di Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Labuk pada 1981-1985 sebelum bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyelidik di Institute For Developmen­t Studies Sabah (IDS - 1986-1987) dan memegang jawatan sebagai Pegawai Penempatan Bahagian Penempatan Jabatan Ketua Menteri (1988-1990).

Beliau juga pernah menjadi Ahli Majlis Daerah Labuk/ Sugut (Beluran) pada 19961998 dan seterusnya bertugas sebagai Pembantu Seranta di Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) pada 1997-1999 sebelum dilantik sebagai Ketua Daerah MAN Beluran sejak tahun 2000 hingga kini.

“Keputusan keluar parti Umno ini dibuat secara sukarela dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak berdasarka­n beberapa perkara dengan mengambilk­ira perkembang­an terkini situasi politik semasa khasnya di negeri Sabah dan di peringkat Pusat. OKK ABDUL RASID DONDOLANG

 ??  ?? ABDUL Rasid (empat kiri) mengetuai 11 ahli MAN Beluran mengisytih­arkan keluar parti dan meninggalk­an Umno berkuatkua­sa serta-merta.
ABDUL Rasid (empat kiri) mengetuai 11 ahli MAN Beluran mengisytih­arkan keluar parti dan meninggalk­an Umno berkuatkua­sa serta-merta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia