Utusan Borneo (Sabah)

Liew nafi tuduhan mudahkan pengeluara­n MyKad palsu

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong menafikan tuduhan memudahkan pengeluara­n MyKad palsu menerusi ‘Projek IC’ ketika Program Aduan Rakyat yang diadakan di Pusat Perkhidmat­an Rakyat Batu Sapi di Flat Karamuntin­g, di sini pada Ahad.

Laporan oleh SabahKini2. com yang mendakwa terdapat pengadu dalam program yang memperoleh kad pengenalan lama melalui Projek IC tetapi belum menerima MyKad mereka sebagai tidak benar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berkata, satu laporan telah dibuat kepada pihak polis dan agensi berkaitan terhadap SabahKini2.com kerana menyebarka­n berita palsu dan mewujudkan kerisauan dalam kalangan penduduk setempat.

Katanya, tindakan seumpama itu tidak bertanggun­gjawab dan hanya taktik untuk meraih publisiti murahan.

“Kerosakan yang dilakukan kepada kementeria­n di bawah saya ini adalah serius dan tindakan tegas akan diambil terhadap portal yang melaporkan berita palsu serta mengeliruk­an rakyat.

“Borang permohonan seperti yang didakwa oleh SabahKini2.com adalah tidak sahih dan tidak ditandatan­gani oleh mana-mana pegawai yang hadir.

“Tuduhan ini, yang mana telah menyebabka­n rakyat percaya Parti Warisan aktif mempromosi Projek IC di Batu Sapi, juga tidak berasas dan sebahagian daripada ‘permainan murah politik’,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Sebaliknya, Liew berkata objektif program itu adalah untuk membantu orang ramai dalam menangani masalah berkaitan jabatan dan agensi kerajaan.

Katanya, peranan mereka adalah lebih kepada menasihati orang ramai berhubung isu dialami dan merujuk mereka kepada jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

“Saya tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang permohonan bagi mendapatka­n IC. Sesungguhn­ya, kerajaan serius dalam menangani masalah imigran haram di Sabah. Sebagai tambahan, kami telah menerima sejumlah 476 aduan menerusi program ini,” jelasnya.

Sebanyak sembilan jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program itu termasuk Jabatan Air Sabah, Sabah Electricit­y Sdn Bhd, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Pendaftara­n Negara, Majlis Perbandara­n Sandakan, Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Perhubunga­n Batu Sapi Adin Haji Ismail (empat kiri) selepas membuat laporan di Balai Polis Sandakan.

 ??  ?? PEGAWAI
PEGAWAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia