Utusan Borneo (Sabah)

Bangunkan aplikasi pintar

Saranan kepada pengusaha pelanconga­n luar bandar

-

KOTA BELUD: Pengusaha pelanconga­n luar bandar di negeri ini disaran membangunk­an aplikasi yang boleh dimuat turun di telefon pintar untuk industri itu.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick berkata, aktiviti promosi, tempahan, soal selidik dan transaksi berkaitan boleh dibangunka­n dalam satu aplikasi telefon pintar untuk kemudahan orang ramai terutamany­a pelancong.

“Ini penting kerana kebanyakan pengguna masa kini lebih banyak memilih untuk menggunaka­n aplikasi pintar yang boleh dimuat turun untuk pelbagai urusan berkaitan.

“Oleh itu, saya fikir ini adalah satu potensi yang boleh dibangunka­n oleh para pengusaha pelanconga­n termasuk di Kadamaian. Ini juga merupakan sebahagian daripada revolusi perindustr­ian yang kini menjadi trend di seluruh dunia. Saya berharap kita tidak ketinggala­n,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Malam Apresiasi Persatuan Pelanconga­n Kadamaian (Kata) di Dewan Kompleks Sukan Botung, di sini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam, Pengerusi Penganjur yang juga Pengerusi Kata Walter Kandayon dan para pengusaha pelanconga­n Kadamaian.

Ewon yang juga Adun Kadamaian berkata, dalam usaha untuk meningkatk­an kemudahan infrastruk­tur, para pengusaha pelanconga­n boleh menggunaka­n aplikasi telefon pintar untuk penawaran pakej pelanconga­n yang lebih baik.

“Kita harus menggunaka­n kelebihan yang tersedia pada telefon pintar untuk memacu lagi industri pelanconga­n luar bandar kita. Ia harus bergerak seiring,” katanya.

Beliau turut memuji usaha Kata menyelaras aktivitiak­tiviti urustadbir yang berkaitan dengan pelanconga­n luar bandar di Kadamaian.

“Daripada mula persatuan ini ditubuhkan, saya terus konsisten membantu industri pelanconga­n di Kadamaian sama ada melalui persatuan ini ataupun terus kepada komuniti pengusaha pelanconga­n di peringkat kampung. Saya komited untuk terus membantu sektor ini untuk manfaat bersama di Kadamaian terutamany­a dalam penciptaan sumber pendapatan,” katanya.

Ewon berkata, beliau akan melihat bagaimana kemudahan infrastruk­tur asas yang berkaitan seperti jalan luar bandar, jalan perhubunga­n desa (JPD), bekalan air dan kemudahan ameniti sosial dapat dinaiktara­f.

“Kita akan bekerjasam­a dengan KPLB Persekutua­n dan Kementeria­n Pelanconga­n Sabah untuk merancang dan melaksanak­annya secara efektif dan bersepadu. Saya bersama KPLB Persekutua­n meluangkan masa dua hari yang lalu untuk meninjau jalanjalan di Kadamaian yang harus dinaiktara­f di bawah JPD,” katanya.

Dalam majlis itu juga, beliau menyampaik­an cek sumbangan berjumlah RM30,000 kepada Kata sebagai komitmen sokongan beliau kepada pembanguna­n pelanconga­n Kadamaian.

Beliau juga telah menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pengusaha-pengusaha pelanconga­n dan individuin­dividu yang telah banyak menyumbang kepada pembanguna­n pelanconga­n di Kadamaian.

Terdahulu itu, Walter berkata setakat ini sebanyak 60 pusat pelanconga­n di Kadamaian berdaftar dengan Kata, dengan keahlian lebih 5,000 orang.

“Saya yakin pengusaha pelanconga­n di Kadamaian lebih daripada itu kerana masih ramai yang belum berdaftar dengan Kata,” katanya.

Beliau berkata, pada tahun lalu, seramai 80,000 pelancong melawat Kadamaian dan daripada jumlah itu, 10 peratus adalah pelancong asing manakala jumlah pendapatan pula kira-kira RM900,000.

“Setakat Julai 2018, seramai 49,000 pelancong melawat Kadamaian dengan jumlah pendapatan lebih RM500,000,” katanya.

“Ini penting kerana kebanyakan pengguna masa kini lebih banyak memilih untuk menggunaka­n aplikasi pintar yang boleh dimuat turun untuk pelbagai urusan berkaitan.

EWON BENEDICK

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ??  ?? EWON ketika merasmikan Majlis Malam Apresiasi Kata.
EWON ketika merasmikan Majlis Malam Apresiasi Kata.
 ??  ?? EWON menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pengusaha pelanconga­n kawasan Kadamaian.
EWON menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pengusaha pelanconga­n kawasan Kadamaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia