Utusan Borneo (Sabah)

Pertingkat aspek keselamata­n

Tangani cubaan culik, rompak di perairan pantai timur Sabah

- Oleh YUSOP TEPPO

KOTA KINABALU: Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah( SUCCC) Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt (gambar) berharap kerajaan baharu akan melakukan yang terbaik dalam memperting­katkan aspek keselamata­n, terutamany­a di pantai timur Sabah.

Beliau berkata penjenayah sering menceroboh perairan di Kunak, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan dalam percubaan menculik atau merompak.

Katanya SUCCC menyokong kepimpinan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dan beliau berharap pentadbira­n baharu akan meneliti keselamata­n di pantai timur negeri ini.

“Saya berharap pihak berkuasa yang berkenaan akan mengambil langkah langkah yang efektif, termasuk melancarka­n rondaan untuk membendung kegiatan jenayah.

“Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja akan menjejaska­n kedatangan pelancong ke Sabah, tetapi juga memberi impak negatif kepada pelaburan asing di negeri ini, yang seterusnya menghalang pembanguna­n ekonomi negeri,” katanya dalam satu kenyataan berikutan percubaan rompakan kapal tunda kirakira jam 6 petang di perairan Tambisan pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, kapal tunda yang menuju ke Kuantan, Pahang dari Felda Sahabat membawa muatan minyak sawit, didatangi oleh kira-kira 10 individu menaiki bot. Bagaimanap­un, semua kru bertindak pantas menyembuny­ikan diri di dalam dek berkunci dan menghubung­i pasukan keselamata­n. Sejurus itu, individu terbabit sertamerta melarikan diri selepas menyedari kehadiran pasukan keselamata­n.

Dalam kenyataann­ya, Liew mencadangk­an Polis Marin meningkatk­an rondaan di kawasan yang cenderung kepada kegiatan rompakan serta meningkatk­an pengawasan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Beliau juga mencadangk­an penubuhan pos-pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di pulaupulau strategik, menjalanka­n operasi khas untuk menangani penceroboh­an lanun dan menyelaras­kan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam kerja rondaan.

“Kerajaan kita juga harus berbincang dengan kerajaan negara jiran dalam rondaan bersama, serta melaksanak­an sistem kebenaran masuk sempadan bagi kedua-dua negara untuk memantau pergerakan pendatang tanpa izin secara berkesan di Malaysia dan menyelaras­kan prosedur imigresen,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia