Utusan Borneo (Sabah)

Suhailly usahawan rumpai laut, ikan dalam sangkar

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN sangkar ikan di Bangkaruan.

PERIBAHASA ‘hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’ sering menjadi ingatan dan pembakar semangat kepada Suhailly Waydie, 45, dalam usahanya memajukan tanaman rumpai laut dan penternaka­n ikan dalam sangkar.

Meskipun tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang yang diusahakan­nya, anak jati kelahiran Segama, Lahad Datu ini tidak mahu patah semangat sebaliknya terus bangkit dengan menjadikan setiap harinya sebagai hari untuk menimba ilmu.

Buku-buku akuakultur, kajian tesis, majalah malah perkongsia­n atas talian menjadi bahan bacaan harian bapa kepada empat orang anak ini selain memanfaatk­an perkongsia­n ilmu daripada sahabat-sahabatnya.

Suhailly positif pada kerjanya ditambah dengan sokongan penuh isterinya, Ratnah Kassim, 44 dan sejak menubuhkan Albani Enterprise Sdn Bhd pada 2015 bersama rakan kongsinya, dia cekal dengan banyak menghabisk­an masanya belajar dan terus belajar meski terpaksa melalui fasa pembelajar­an yang mencabar.

“Saya mengimpika­n perubahan hidup dan untuk itu saya mencabar diri saya untuk memulakan perniagaan bersama seorang rakan kongsi

SEBAHAGIAN

istimewa kerana pengalaman­nya, Albani Dammani.

“Segalanya bermula setelah beliau melihat peluang kepada saya dan potensi perniagaan rumpai laut.

“Sejak 2015, banyak cabaran yang kami lalui dan saya amat bersyukur, kerajaan melalui Jabatan Perikanan khususnya cawangan Lahad Datu yang tidak pernah ‘lokek’ ilmu dan terus membimbing kami hinggalah ke hari ini,” katanya.

Dengan hanya berbekalka­n semangat ingin mencuba dan keyakinan akan berjaya, syarikat memulakan perniagaan di perairan Bangkaruan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Lahad Datu. Berdasarka­n maklumat akuakultur yang ada, perairan Teluk Darvel yang kaya dengan sumber makanan hidupan

laut dan di sokong dengan hasil-hasil kajian terperinci di Kawasan Tiga Segi Batu Karang dunia menjadikan tanaman rumpai laut sesuai diusahakan dan berpotensi besar.

“Saya mengambil keputusan berani membuat pelaburan habis-habisan tanpa mahu menoleh lagi pada kerja lain kerana saya lebih rela mati setelah mencuba sehabis baik daripada tewas kerana tidak mahu mencuba,” katanya.

Dengan modal sendiri, syarikat mengusahak­an tanaman rumpai laut jenis Tambalang dengan memanfaatk­an kesesuaian tumbuhan akuatik dan faktor unik di Bangkaruan.

Jelasnya, Bangkaruan strategik perairanny­a kerana kedudukann­ya yang tidak terdedah dengan laut terbuka, tidak berombak dan jarang dikunjungi dan mendapat gangguan penyu berbanding di kawasan lain.

Lebih menarik, sejak menuai tanaman Superfood Malaysia itu, rumpai laut yang dituai dan dikeringka­n syarikat telah diakui berkualiti tinggi kerana faktor tumbesaran­nya di Teluk Darvel.

Tidak hanya meletakkan usaha menternak rumpai laut di perairan berkeluasa­n 90 ekar sahaja, Suhailly mengambil inisiatif mengusahak­an lima ekar kawasan perairan untuk menternak ikan-ikan jenis kerapu sampan hibrid dan keratang dalam sangkar.

Kini kesemua 25 sangkar ikan mempunyai hasil ternakan berkualiti yang bakal dituai tidak lama lagi.

Hasil rumpai laut mencecah sehingga lebih 30 tan sebulan itu tidak sesekali mendorong Suhailly untuk leka, sebaliknya terus mendorongn­ya meluaskan usahanya di Merabong, Tungku yang terletak kira-kira 52 kilometer dari Lahad Datu pada 2017.

Pakatan perkongsia­n empat usahawan, syarikat Heng Seng Trading ditubuhkan dengan jumlah syer 60 peratus pemilikann­ya.

Suhailly mengusahak­an tanah seluas satu ekar dari 15 ekar yang dipohon untuk operasi jeti pemunggaha­n ikan untuk lima kapal syarikat dan nelayan-nelayan sekitarnya.

“Perancanga­n saya pada masa akan datang, saya mahu mengembang­kan perniagaan dengan membina sebuah kilang yang memanfaatk­an inovasi teknologi mesin.

“Teknologi vakum dan pengasinga­n ikan akan dikendalik­an secara sistematik apabila kapal berlabuh di jeti ini.

“Ia akan menjimatka­n masa dan tenaga bagi memastikan ikan-ikan yang akan dimuatkan di lori-lori pembawa ikan masih dalam keadaan segar apabila ia dipasarkan,” katanya.

Menurutnya, dengan mengamalka­n konsep pengasinga­n ikan yang mengikut standard kualiti ikan di pasaran, ia akan memberi nilai pasaran ikan yang terjamin apabila memasuki pasaran terutama dalam kalangan pengguna.

Katanya, wujudnya isu ikan yang sudah tidak segar dan diniagakan di pasaran tidak lagi menjadi rungutan pembeli apabila wujudnya amalan niaga yang telus demi manfaat bersama.

“Sebagai langkah menjana industri hiliran di Tungku, perancanga­n untuk memanfaatk­an hasil tangkapan ikan dengan mengembang­kannya menjadi produk berkualiti seperti menghasilk­an produk baja dan makanan haiwan turut menjadi sasaran syarikat.

“Ini juga termasuk memanfaatk­an kepakaran tenaga kerja dalam bidang akuakultur dengan mengembang­kan hasil kajian makmal untuk dimanfaatk­an nelayannel­ayan tempatan,” katanya.

Suhailly menyeru agar golongan muda berhenti bermimpi dengan meninggalk­an kepompong zon selesa dengan motivasika­n diri berani untuk berjuang melakukan perubahan hidup.

“Jika kita berani memasang impian hidup, kita perlu berani berjuang untuk mencapainy­a kerana dalam hidup yang singkat ini, kita akan mati tanpa meninggalk­an nama sedikit pun akibat malas berubah,” katanya.

Saya mengimpika­n perubahan hidup dan untuk itu saya mencabar diri saya untuk memulakan perniagaan bersama seorang rakan kongsi istimewa kerana pengalaman­nya, Albani Dammani. Segalanya bermula setelah beliau melihat peluang kepada saya dan potensi perniagaan rumpai laut. “Sejak 2015, banyak cabaran yang kami lalui dan saya amat bersyukur, kerajaan melalui Jabatan Perikanan khususnya cawangan Lahad Datu yang tidak pernah ‘lokek’ ilmu dan terus membimbing kami hinggalah ke hari ini,

SUHAILLY WAYDIE

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) AKTIVITI jeti pemunggaha­n ikan di Merabong, Tungku. (Gambar kanan) SUHAILLY bersama isterinya, Ratnah.
(Gambar atas) AKTIVITI jeti pemunggaha­n ikan di Merabong, Tungku. (Gambar kanan) SUHAILLY bersama isterinya, Ratnah.
 ??  ?? (Gambar atas) RUMPAI kering dimasukkan dalam guni untuk ditimbang sebelum dipasarkan.
(Gambar atas) RUMPAI kering dimasukkan dalam guni untuk ditimbang sebelum dipasarkan.
 ??  ?? SUHAILLY bersama pekerja sedang memantau keadaan ikan dalam sangkar.
SUHAILLY bersama pekerja sedang memantau keadaan ikan dalam sangkar.
 ??  ?? (Gambar kiri) ANTARA ikan yang diternak di dalam sangkar.
(Gambar kiri) ANTARA ikan yang diternak di dalam sangkar.
 ??  ?? SUHAILLY menunjukka­n rumpai laut yang diternak.
SUHAILLY menunjukka­n rumpai laut yang diternak.
 ??  ?? SUHAILLY menunjukka­n rumpai laut kering.
SUHAILLY menunjukka­n rumpai laut kering.
 ??  ?? AKTIVITI di dalam gudang rumpai laut.
AKTIVITI di dalam gudang rumpai laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia