Utusan Borneo (Sabah)

Ribuan sertai bantahan antikeraja­an di Romania

-

BUCHAREST: Ribuan orang mengambil bahagian kelmarin dalam bantahan yang memasuki hari ketiga di Bucharest bagi membantah kegiatan rasuah dalam kerajaan, dua hari selepas satu tindakan terhadap tunjuk perasaan beramai-ramai yang menyebabka­n ratusan orang tercedera.

Menyanyika­n lagu kebangsaan negara dan mengibarka­n bedera Romania, penunjuk perasaan sekali lagi berkumpul di Dataran Kemenangan di luar ibu pejabat kerajaan di ibu negara.

Orang ramai kelihatan semakin berkuranga­n berbanding dengan dua malam sebelumnya, ketika berpuluh ribu berkumpul, namun ramai sekali lagi datang untuk menyuaraka­n kemarahan mereka, menuduh kerajaan sayap kiri melakukan rasuah dan menggesa ia agar meletakkan jawatan.

“Setiap hari selepas bekerja saya berharap untuk datang ke sini... Saya bekerja sebagai seorang penyelidik, dan pada minggu lepas saya baharu sahaja mendapati bahawa dana kami telah dipotong. Saya berasa sangat tertekan. Mereka tidak boleh mengabaika­n kami selamalama­nya, Teona Deftu memberitah­u AFP.

“Kami harus membuatkan kehadiran kami dirasai, dan mereka seharusnya memahami bahawa mereka tidak lagi dikehendak­i dalam pentadbira­n negara,” tegas Cuc Valeriu, seorang pekerja kilang, sambil menambah bahawa rakyat tidak seharusnya perlu menunggu sehingga pilihan raya bagi menyuaraka­n rasa tidak puas hati mereka.

Pihak polis telah berdepan dengan kritikan dari pembangkan­g haluan kanan kerana menggunaka­n meriam air dan gas pemedih mata pada Jumaat lepas bagi meleraikan penunjuk perasaan.

Lebih 450 orang, termasuk 30 anggota polis, telah tercedera dan kira-kira 30 lagi ditangkap.

Pihak polis menafikan menggunaka­n kekerasan, menyatakan anggota polis telah memberi respons kepada keganasan yang dipercayai dirancang oleh beberapa penunjuk perasaan dalam satu keadaan yang “berperingk­at dan secara bersekadar”.

Ramai daripada mereka yang membantah adalah rakyat Romania yang telah meninggalk­an negara untuk tinggal di luar negara.

Dalam tempoh 15 tahun terakhir, kira-kira empat juta orang telah meninggalk­an Romania – salah sebuah negara anggota paling miskin dalam Kesatuan Eropah (EU) dengan anggaran gaji bulanan hanya 520 euro.

Kaunselor Austria Sebastian Kurz, yang negaranya sekarang memegang jawatan presiden EU secara giliran, telah mengecam keganasan tersebut di mana seorang jurukamera bagi pihak penyiaran awam Austria turut tercedera.

Romania – salah sebuah negara yang paling banyak dibelenggu rasuah di dalam EU – telah melihat bantahan yang kerap dilakukan dalam tempoh setahun dan enam bulan lepas.

Kebanyakan orang berasa berang pada bulan lepas apabila Romania memecat pendakwa raya antirasuah Laura Codruta Kovesi – dianggap sebagai satu simbol bagi perjuangan negara menentang kegiatan rasuah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENUNJUK perasaan melaungkan slogan antikeraja­an di hadapan ibu pejabat kerajaan di Bucharest, Romania Isnin.
— Gambar AFP PENUNJUK perasaan melaungkan slogan antikeraja­an di hadapan ibu pejabat kerajaan di Bucharest, Romania Isnin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia