Utusan Borneo (Sabah)

Sukan Asia: Khatul Anuar, Rodney digugurkan

Kim Swee panggil penyerang Johor Darul Ta’zim II, Hadi Fayyadh perkuat skuadnya ke Indonesia

-

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee menggugurk­an dua lagi pemain, sekali gus melengkapk­an senarai 20 pemain yang akan mewakili negara pada Sukan Asia 2018 di Indonesia, minggu depan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumka­n Kim Swee menggugurk­an penjaga gol Kuala Lumpur, Khatul Anuar Md Jalil dan pemain pertahanan P K N S F C, Rodney Celvin Akwensivie, namun memanggil kembali penyerang Johor Darul Ta’zim II, Hadi Fayyadh Abdul Razak yang baru pulang dari sesi percubaan di Jepun.

Kim Swee sebelum ini terpaksa menggugurk­an penyerang Negeri Sembilan, N. Thanabalan selepas ujian MRI pada 9 Ogos lepas mendapati kecederaan lututnya memerlukan tempoh lebih lama untuk pulih.

FAM memaklumka­n dua pemain Kedah iaitu pemain tengah Baddrol Bakhtiar, 30, dan pemain pertahanan Mohd Rizal Ghazali, 26, mengisi kuota tiga pemain lebih umur 23 tahun yang dibenarkan, namun satu lagi slot tidak dapat diisi kerana dua lagi pemain senior yang turut didaftarka­n dalam senarai awal 30 pemain sebelum ini iaitu pemain JDT, Aidil Zafuan Abd Radzak dan pemain Perak, Shahrul Saad mengalami kecederaan.

Baddrol dilantik sebagai ketua pasukan bagi skuad Sukan Asia 2018 ini.

Skuad B-23 kebangsaan

(tengah) memantau skuad kendaliann­ya menjalani sesi latihan sebagai persiapan menghadapi cabaran Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya. —Gambar Bernama

akan berlepas ke Jakarta, Indonesia, semalam sebelum terus ke hotel penginapan di Bandung.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E akan memulakan kempen Sukan Asia 2018 bertemu Republik Kyrgyzstan pada 15 Ogos dan Republik Korea pada 17 Ogos, dengan kedua-dua perlawanan akan berlangsun­g di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.

Malaysia akan berdepan Bahrain pada aksi terakhir kumpulan E di Stadium Wibawa Mukti, Cikarang pada 20 Ogos ini.

Berdasarka­n format pertanding­an, dua pasukan terbaik daripada setiap lapan kumpulan serta empat pasukan di tempat ketiga kumpulan terbaik, layak ke pusingan kedua kalah mati yang dijadual berlangsun­g pada 23 dan 24 Ogos ini.

Perlawanan suku akhir akan berlangsun­g pada 27 Ogos ini diikuti separuh akhir pada 29 Ogos, manakala aksi final pada 1 September depan.

Senarai 20 pemain ke Sukan Asia: Muhammad Haziq Nadzli, Dominic Tan Jun Jin, Muhammad Safawi Rasid, Adam Nor Azlin, Muhammad Syafiq Ahmad (JDT); Muhammad Adib Zainuddin, Hadi Fayadh Abd Razak (JDT II); Baddrol Bakhtiar, Mohd Rizal Ghazali, Ifwat Akmal Chek Kassim, Muhd Akhyar Abdul Rashid (Kedah).

Muhammad Irfan Zakaria, Syazwan Andik Ishak (Kuala Lumpur); Faisal Abdul Halim, R. Kogileswar­an (Pahang); Muhamad Daniel Amier Norhisham (Felda United); Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan); Muhamad Syazwan Zaipol Bahari (Perak); Tommy M awat Bada( P J Rangers FC ); Muhammad Syahmi Safari (Selangor). — Bernama

 ??  ?? KIM SWEE
KIM SWEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia