Utusan Borneo (Sabah)

Sukan Asia: Tiada atlet Malaysia positif doping setakat ini: Adamas

-

KUALA LUMPUR:Tiada dalam kalangan atlet Malaysia diuji positif dalam ujian doping Pra Sukan Asia yang dijalankan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas), setakat ini.

Pengarahny­a, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata berikutan ujian tersebut akan berakhir hujung minggu ini, sehingga kini “tiada penemuan mencurigak­an” dilaporkan oleh makmal di New Delhi, India, di mana sampel doping itu diuji.

Beliau berkata ujian doping di luar pertanding­an itu dilakukan mengikut tarikh atlet terbabit berlepas ke Indonesia.

“Kita ingin menguji kesemua atlet, namun kekangan dengan makmal ujian itu yang tidak dapat menampung jumlah atlet yang ramai dalam masa ditetapkan.

“Ini menyebabka­n kita terpaksa menguji kebanyakan atlet daripada sukan yang mempunyai sejarah dengan pelanggara­n peraturan anti doping sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, membabitka­n bahan terlarang utama seperti steroid anabolik.

“Pendekatan sedemikian sejajar dengan prinsip ‘Smart Testing’ menekankan ujian terhadap atlet daripada sukan mempunyai latar belakang sejarah, yang bermaksud berisiko tinggi diuji positif dalam kalangan mereka,” katanya kepada Bernama.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) itu juga menghargai kerjasama rapat daripada Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Mohamad Zabidi dalam usaha mencapai sifar doping membabitka­n kontinjen negara.

“Selalunya terdapat risiko penemuan yang mencurigak­an apabila ujian dilakukan di luar pertanding­an, tetapi langkah pengurusan kontinjen ingin menemui sebarang salah laku dalam kumpulan itu harus dipuji demi ketelusan dan integriti,” katanya.

Dasar sifar doping itu adalah untuk membendung penipuan dalam kalangan atlet bersaing pada temasya sukan serantau berkenaan, selepas Malaysia dimalukan dalam beberapa temasya sukan yang lepas.

Pada April lepas, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Gold Coast, Mohamad Fazrul Azrie Mohdad didapati positif Stanozolol semasa ujian pra temasya sukan berkenaan, manakala penerju negara Wendy Ng Yan Yee dilucutkan pingat emas Sukan SEA 2017 selepas disahkan menggunaka­n sibutramin­e.

Pada Sukan Asia 2014, pingat emas acara wushu yang dimenangi Tai Cheau Xuen ditarik balik selepas atlet terbabit diuji positif menggunaka­n sibutramin­e.

Sejumlah 426 atlet negara akan bersaing pada Sukan Asia 2018 yang dijadual dari 18 Ogos hingga 2 Sept di Jakarta dan Palembang. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia