Utusan Borneo (Sabah)

Vieira akui Nice sudah ‘kehabisan tuah’

-

PARIS, Perancis: Patrick Vieira berkata pasukannya, Nice, ‘kehabisan tuah’ apabila beliau mengalami kekalahan liga yang pertama sebagai jurulatih di Eropah selepas tewas 0-1 kepada pendatang baharu Ligue 1 Perancis, Reims Sabtu lepas.

Bekas pemain tengah kelab Arsenal dan skuad kebangsaan Perancis itu menggantik­an Lucien Favre sebagai jurulatih tetapi permulaan beliau mengecewak­an.

Moussa Doumbia menjaringk­an gol tunggal kemenangan pada minit kedua penampilan beliau dalam Ligue 1 selepas menyertai Reims dari kelab Rusia, Rostov.

Pemain tengah antarabang­sa Mali itu melepasi dua pemain pertahanan Nice sebelum menewaskan penjaga gol Yoan Cardinale dengan satu rembatan jarak jauh.

Nice menguasai baki permainan tetapi hanya satu dari 19 cubaan tepat ke pintu gol dan jelas merasai ketiadaan penyerang sensasi, Mario Balotelli kerana kecederaan.

“Gol awal menjadikan keadaan lebih sukar. Satu gol seperti itu di awal permainan sememangny­a mengecewak­an,” kata Vieira.

“Saya terkejut. Kami kehabisan tuah. Kami mencipta banyak peluang terutama sekali dalam separuh masa kedua tetapi malangnya tiada apa yang berhasil.”

Penjaga gol Reims, Edouard Mendy juga beraksi tangkas dengan menepis cubaan Allan Saint-Maximin tetapi Nice harus menyalahka­n diri mereka sendiri kerana gagal menyempurn­akan beberapa peluang.

Balotelli menjaringk­an 26 gol dari 37 perlawanan untuk Nice pada musim lepas tetapi Vieira enggan mengesahka­n jika masa depan pemain berusia 27 tahun itu akan terus kekal di Allianz Riviera.

“Balotelli? Ia tidak berguna untuk bercakap tentang beliau kerana beliau tidak berada di sini,” kata Vieira. “Saya mahu memberikan fokus kepada pemain yang anda di sini dan mahu berada di sini.”

Radamel Falcao dimasukkan dari bangku simpanan untuk menjaringk­an gol dan mengumpan satu lagi gol ketika Monaco menewaskan Nantes 3-1 untuk memulakan kempen dengan bergaya.

Dengan Falcao bermula di bangku simpanan selepas terlibat dengan pasukan Colombia di Piala Dunia 2018 dan pemain baharu, Aleksandr Golovin mengalami kecederaan, Monaco kelihatan bergelut mencari rentak untuk hampir sepanjang perlawanan.

Permainan bagaimanap­un berubah apabila Falcao dimasukkan pada minit ke-66 dan Rony Lopes meneruskan rentak cemerlang beliau dari musim lepas apabila membuka jaringan seawal minit ketiga.

Falcao mengumpan bola kepada Stevan Jovetic ketika berbaki 10 minit permainan untuk gol kedua sebelum beliau sendiri melengkapk­an jaringan pada minit ke-83.

Emiliano Sala menjaringk­an gol saguhati Nantes pada minit kecederaan.

“Kami masih perlu memperbaik­i lagi permainan kami tetapi kemenangan ini satu permulaan yang baik,” kata Lopes.

“Minggu lepas (tewas 0-4 kepada Paris Saint Germain pada aksi Trofi Juara) adalah sukar tetapi di sini, perlawanan pertama liga, satu kemenangan pastinya menggembir­akan.”

Pada perlawanan lain, Nimes menjaringk­an tiga gol pad 14 minit terakhir untuk menewaskan Angers 3-2 pada penampilan pertama mereka dalam liga utama sejak 1993.

Whabi Khazri menjaringk­an gol pada penampilan sulung ketika Saint Etienne menewaskan Dijon 2-1 sementara Lille bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Rennes 3-1. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia