Konvoi Kembara Merdeka gelorakan sekolah dengan semangat kemerdekaan
kata pepatah ‘Melentur Buluh Biarlah
Dari Rebungnya’ yang boleh digambarkan bagi usaha menggelorakan dan menyemai benih-benih patriotisme dalam kalangan generasi muda negara.
Justeru, rombongan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang diterajui oleh Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan bersama-sama jabatan-jabatan kerajaan Persekutuan, badanbadan bukan kerajaan (NGO) serta ahli Muafakat Komuniti Malaysia menyasarkan sekolahsekolah rendah sebagai venue singgahan bagi menyemarakkan lagi Bulan Kemerdekaan ini.
Para pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bukit Kalam, SRK Bebuloh dan SRK LayangLayangan menyambut dengan penuh kemeriahan serta keterujaan apabila Konvoi Kembara Merdeka tiba ke sekolah berkenaan pada pagi Isnin yang mana, ia merupakan hari terakhir konvoi itu mengelilingi Pulau Labuan.
Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Supian Musa turut memberi ceramah kenegaraan kepada para pelajar sekolah-sekolah itu tentang erti sebuah kemerdekaan dan pentingnya generasi muda sebagai pewaris negara.
Majlis penutupan Konvoi Kembara Merdeka 2018 peringkat WP Labuan telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin di SRK LayangLayangan, tengahari Isnin.
Raisin berkata, sudah pastinya golongan belia iaitu mahasiswa mahupun para pelajar sekolah perlu dipupuk dengan nilai-nilai patriotisme melalui programprogram sedemikian demi menggelorakan lagi semangat patriotisme di jiwa mereka.
Beliau berasa bangga dan terharu dengan usaha pihak Jabatan Penerangan Labuan dan jabatan kerajaan yang lain menganjurkan program seperti itu sebagai platform menaikkan lagi semangat cintakan negara, lebihlebih lagi dalam bulan Ogos ini yang merupakan Bulan Kemerdekaan.
“Saya berharap program sebegini akan terus diadakan bagi menyemai benih-benih kecintaan kepada negara dalam kalangan rakyat Malaysia serta mewujudkan perpaduan nasional melalui sambutan Hari Kebangsaan ini,” katanya.
Turut hadir, Guru Besar SRK Bukit Kalam Rosli Mohd Ali, Guru Besar SRK Bebuloh Adam Abd Rahim serta Guru Besar SRK Layang-Layangan Dayang Damit Md Yassin.