Utusan Borneo (Sabah)

Pengawas Pusat Sumber KVL timba ilmu kewartawan­an

- DK RUBIAH (duduk tiga kiri) dan penyelaras bersama pengawas Pusat Sumber KVL yang mengikuti bengkel penulisan itu.

LABUAN: Seramai 24 pengawas Pusat Sumber Kolej Vokasional Labuan (KVL) telah menghadiri Bengkel Penulisan Berita Asas yang diadakan di kolej itu pada Sabtu.

Bengkel dua jam yang bermula jam 9.30 pagi itu dikendalik­an oleh Fotografi Kanan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) Azri Onn Haji Othman.

Beliau yang juga editor laman web universiti berharap perkongsia­n ilmu kewartawan­an itu dapat menyuntik semangat pelajar menghasilk­an bahan berita berkaitan KVL khususnya Pusat Sumber.

Sementara itu, Ketua Unit Pusat Sumber KVL Dk Rubiah P Ibrahim berkata bengkel penulisan itu diadakan sempena Bulan Pusat Sumber KVL 2018.

Katanya, peserta bengkel terdiri daripada pengawas Pusat Sumber dan pelajar SVM (Sijil Kemahiran Malaysia) Tahun 1 dan 2.

Bengkel itu bertujuan menarik minat pelajar dalam bidang penulisan dan mengetahui kemahiran penulisan berita yang betul dan menarik.

“Saya berharap pelajar yang menyertai bengkel ini akan mengaplika­sikannya ketika menghadiri pelbagai program bukan sahaja di Pusat Sumber tetapi juga program lain di Kolej Vokasional Labuan,” katanya.

Tiga guru iaitu Siti Suhaibah Hasbullah selaku penyelaras program, Intan Nur Liyana Mansor (Penyelaras Program Nilam) dan Raihanah Abdul Jalall (Penyelaras Promosi & Publisiti) turut menyertai bengkel itu.

Dk Rubiah berkata program yang julung kalinya diadakan itu turut mendapat sokongan padu daripada Pengarah KVL Hajah Siti Muslihah Leeudin.

“Pengarah KVL sentiasa menggalak dan mengalualu­kan penganjura­n pelbagai program yang mendatangk­an manfaat kepada pelajar. Mereka boleh menggunaka­n ilmu yang diperolehi untuk mempromosi­kan organisasi termasuk kampung mereka selepas menamatkan pengajian kelak,”katanya.

Beliau yakin menerusi promosi dan publisiti pelbagai program itu akan menaikkan nama KVL kepada masyarakat termasuk ibu bapa pelajar.

Dalam pada itu, Nur Fazlin Hamidah Morshidi memenangi hadiah pertama latihan menulis berita diikuti tempat kedua Mohd Roslee Abd Rahim dan ketiga Datu Mohd Adha.

Menurut Nur Fazlin, menerusi bengkel itu, beliau mengetahui serba sedikit teknik penghasila­n berita yang termuat di dada akhbar atau laman web organisasi termasuk Pusat Sumber KVL.

“Saya akan membantu guru menghasilk­an berita untuk dimuatkan di laman web Pusat Sumber Kolej Vokasional Labuan. Ilmu yang diperolehi amat berguna buat kami pengawas Pusat Sumber,” katanya.

Seorang lagi peserta, Mohd Roslee amat teruja mengikuti bengkel penulisan berita asas itu kerana pertama kali didedahkan dengan teknik menulis berita yang sebenar.

“Kami sangat bertuah mendapat pendedahan mengenai teknik penulisan berita yang sebenar. Saya yakin kami dapat membantu guru menghasilk­an buletin dan laman web yang lebih berkualiti selepas ini untuk publisiti KVL kepada masyarakat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PEMENANG latihan menulis berita menerima hadiah disampaika­n Azri Onn sambil diperhatik­an Dk Rubiah (kanan).
PEMENANG latihan menulis berita menerima hadiah disampaika­n Azri Onn sambil diperhatik­an Dk Rubiah (kanan).
 ??  ?? DK RUBIAH (berdiri) memantau latihan penulisan berita yang disertai pengawas Pusat Sumber.
DK RUBIAH (berdiri) memantau latihan penulisan berita yang disertai pengawas Pusat Sumber.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia