Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Sumber SMK Rancha-Rancha diiktiraf cemerlang

Sedia perkhidmat­an cekap dan terbaik

-

SMK Rancha-Rancha (SMKRR), Labuan telah mula beroperasi pada 2 Januari 2014.

Ketika awal pembukaann­ya, sekolah itu telah menumpang di bangunan SK LayangLaya­ngan hampir sembilan bulan.

Pada 22 September 2014, guru dan pelajar sekolah ini telah memulakan sesi persekolah­an di bangunan SMKRR di Kampung Sungai Lada setelah berlangsun­g majlis penyerahan separa bangunan SMKRR pada 15 September 2014.

Manakala Pusat Sumber SMKRR mula membuka perkhidmat­annya kepada pelajar pada 6 Oktober 2014.

Pada masa kini, Pusat Sumber DSDN SMKRR terletak di Aras 3 bangunan pentadbira­n sekolah berkenaan.

Sapri Idris merupakan guru perpustaka­an dan media pertama SMKRR dan pada 8 Julai 2015. PSS SMKRR telah dirasmikan oleh Datin Sri Dato’ Hajah Norsiah Abdullah sekali gus menjadi penaung PSS DSDN SMKRR.

Menurutnya PSS merupakan akronim kepada Pusat Sumber sekolah dan DSDN akronim kepada Datin Sri Dato’ Hajah Norsiah.

“Kami melihat kepada potensi serta kejayaan Datin Sri Dato’ Hajah Norsiah Abdullah di peringkat tempatan dan antarabang­sa untuk dikongsi kepada para pelajar,” katanya.

PSS DSDN SMKRR beroperasi dari jam 7 padi hingga 2 petang setiap hari.

Selain masa perkhidmat­an rutin harian itu, ia juga dibuka pada hari Sabtu. Orang ramai boleh mengunjung­i PSS DSDN SMKRR ini dari jam 8 pagi hingga 1 petang.

Seorang pegawai perpustaka­an dari Labuan Liberty telah ditempatka­n di pusat sumber sekolah ini bagi menjamin perkhidmat­an yang lancar dan efisein. Proses pinjaman dan pemulangan bahan bacaan untuk ahli komuniti boleh dijalankan pada hari Sabtu atau jam 12 tengahari hingga 2 petang setiap hari.

Menyedari akan peri pentingnya penglibata­n komuniti dalam aktiviti sekolah, barisan pentadbir sekolah telah membuka keahlian kepada komuniti setempat.

Cara ini merupakan kaedah terbaik untuk mendekatka­n ibu bapa dan masyarakat kepada sekolah – ia merupakan satu jalinan pintar SMKRR dalam mengambil pendekatan bersama komuniti.

Selain itu, PSS mempunyai prasarana yang lengkap untuk menerima kehadiran ahli komuniti menggunaka­n perkhidmat­an di PSS.

Tambahan pula, ruang yang sangat kondusif sangat sesuai untuk pilihan komuniti dalam proses bacaan dan mendapatka­n ilmu disokong pula oleh hiasan dalaman bercirikan Perpustaka­an Abad Ke-21.

PSS perlu dilihat sebagai satu institusi yang menyeluruh dan bukan dilihat pada entiti tempat simpanan buku. PSS yang cemerlang merupakan gabungan pengurusan serta pencapaian semua bidang sama ada kurikulum, kokurikulu­m, sahsiah dan disiplin.

PSS DSDN SMKRR sejak pembukaann­ya telah mula menukar persepsi masyarakat akan peranan serta objektif penubuhann­ya.

“Kami telah menggunaka­n teknologi terkini dengan penyediaan sudut pembelajar­an bercirikan abad 21 misalnya penggunaan Ipad, Televisyen 3D, Wireles di semua kawasan sekolah, Radio Interaksi, Cyber Café 21, Sudut Pembelajar­an Maya, Perpustaka­an Multimedia serta banyak lagi kemudahan yang menggunaka­n akses teknologi tinggi. Aplikasi teknologi ini berupaya untuk mendidik masyarakat untuk lebih bersedia menghadapi Abad Ke-21,” kata Sapri.

Tambahnya, untuk mendapat pengiktira­fan luar biasa, mereka perlu berusaha secara luar biasa. Beliau sentiasa mendasari kerja secara muafakat bersama pihak pentadbira­n sekolah.

Hubungan serta kepercayaa­n yang kukuh ini membolehka­n beliau melakukan transforma­si dari tahun ke tahun.

Untuk menarik minat pelajar, guru serta orang ramai menggunaka­n perkhidmat­an PSS, Sapri telah mencipta persekitar­an Pusat Sumber dengan imej dan suasana yang santai serta bercirikan perpustaka­an moden.

Hubungan komuniti dijalin dengan termeterai­nya MoU serta Sijil Jaringan Pusat Sumber. PSS telah menandatan­gani MOU dengan Perpustaka­an Awam Perbadanan Labuan dan Sekolah Menengah Putrajaya Presint 9 Putrajaya, menandatan­gani Sijil Jaringan bersama Kolej Matrikulas­i Labuan, Muzium Labuan, Labuan Art Gallery, serta sekolah-sekolah di sekitar Daerah Gombak Selangor. Banyak inovasi telah dibuat misalnya mewujudkan NILAM Lounge.

Untuk menjadi ahli komuniti PSS DSDN SMKRR, Sapri berkata terdapat dua cara iaitu melalui pendaftara­n anak bersekolah di SMKRR dan yang kedua datang sendiri ke PSS DSDN SMKRR.

“Kami akan mengenakan yuran keahlian sebanyak RM5 sahaja untuk seumur hidup. Kad keahlian akan diberikan kepada semua ahli komuniti yang berdaftar di PSS DSDN SMK Rancha-Rancha,” katanya.

Beliau berkata berkat permuafaka­tan dan kerja yang terarah, PSS telah menerima banyak anugerah antaranya ialah beliau telah dipilih sebagai Guru Ikon Guru Perpustaka­an dan Media Sekolah Menengah peringkat negeri Wilayah Persekutua­n Labuan pada 2017.

Selain itu, beliau juga pernah beberapa kali telah dipilih sebagai Guru Perpustaka­an dan Media Terbaik sekolah menengah peringkat Labuan antara tahun 2014 hingga 2016.

Dalam pengurusan NILAM sekolah, SMKRR juga telah mendapat anugerah Pengurusan NILAM Terbaik Sekolah Menengah 2017 peringkat Labuan.

Sebagai agen pemangkin program literasi maklumat, Pusat Akses SMKRR juga pernah mendapat anugerah Pusat Akses Terbaik Sekolah Menengah 2015 & 2017 peringkat Labuan.

Pusat Sumber SMKRR juga telah menerima pengikhtir­afan Pusat Sumber 5 Bintang tahun 2015 hingga 2017.

Pada tahun 2017 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri telah memberi anugerah tertinggi kepada Pusat Sumber SMKRR iaitu Anugerah Khas Pusat Sumber Cemerlang Sekolah-Sekolah WP Labuan 2017.

“Kejayaan ini memberi semangat kepada kami untuk terus membudayak­an amalan membaca dalam kalangan pelajar dan komuniti. Sebagai usaha mengetenga­hkan pembelajar­an Abad Ke21, pelajar dan guru telah mengamalka­n gaya pembelajar­an menggunaka­n VLE-Frog,” katanya.

Kesannya, SMKRR telah menerima Anugerah Penggunaan VLE-Frog Terbaik 2015 & 2017 keseluruha­n guru sekolah menengah begitu juga untuk penggunaan VLEFrog Terbaik 2015 & 2017 keseluruha­n pelajar sekolah menengah.

Pusat Sumber sekolah ini pernah dua kali mewakili Labuan dalam pertanding­an akhir PSS Cemerlang Kebangsaan 2016 dan 2018. Pada 2016, PSS SMKRR telah mendapat tempat ke5 Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan.

Pelbagai jenis perkhidmat­an yang terdapat di PSS SMKRR antaranya ialah Perkhidmat­an Sirkulasi Bahan, perkhidmat­an Khidmat Nasihat / Rujukan, Perkhidmat­an Kesedaran Semasa, Perkhidmat­an Pendidikan Pengguna, Perkhidmat­an Papan / Sudut Maklumat, Perkhidmat­an Pengurusan Sumber Maklumat, Perkhidmat­an kemudahan bilik / ruang, Perkhidmat­an Reprografi dan Perkhidmat­an Akses Maklumat

Sapri berharap pelajar dan komuniti dapat menjadikan PSS DSDN SMKRR sebagai pilihan utama untuk menambah dan mendalami ilmu.

Katanya, pihak sekolah akan berusaha menjadi pengguna PSS DSDN secara aktif melalui program yang dilaksanak­an sepanjang tahun. Apa yang lebih penting adalah pelajar dan komuniti perlu mengutamak­an disiplin diri sebagai pengakses maklumat yang bertanggun­gjawab.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada Pengetua SMKRR Omar Baki Matusin, semua pentadbir, guru-guru, kakitangan, pelajar dan ibu bapa serta PIBG yang sentiasa menyokong usaha PSS selama ini,” katanya.

 ??  ?? RUANG yang kondusif di Pusat Sumber SMKRR.
RUANG yang kondusif di Pusat Sumber SMKRR.
 ??  ?? LAMAN santai Pusat Sumber SMKRR.
LAMAN santai Pusat Sumber SMKRR.
 ??  ?? RUANG bacaan majalah dan novel menarik minat pelajar membaca dengan khusyuk.
RUANG bacaan majalah dan novel menarik minat pelajar membaca dengan khusyuk.
 ??  ?? JARINGAN bersama sekolah-sekolah Daerah Gombak Selangor 2018.
JARINGAN bersama sekolah-sekolah Daerah Gombak Selangor 2018.
 ??  ?? NORSIAH bersama Bapa Korporat SMKRR Dato’ Sri Haji Mohd Alias Haji Abdul Rahman.
NORSIAH bersama Bapa Korporat SMKRR Dato’ Sri Haji Mohd Alias Haji Abdul Rahman.
 ??  ?? SAPRI
SAPRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia