Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kemahiran penulisan Inggeris melalui ‘English Writing Carnival’

-

JABATAN Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan dan Majlis Penolong Kanan Pentadbira­n Labuan dengan kerjasama Financial Park Labuan Sdn Bhd telah menganjurk­an ‘English Writing Carnival’ khusus untuk murid-murid sekolah rendah di Labuan.

Karnival yang diadakan di Ruang Legar Anggerik, Ujana Kewangan Labuan itu telah disertai oleh seramai 300 murid, yang bertujuan membantu meningkatk­an kemahiran menulis Bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tahap 2.

Sebanyak 15 stesen disediakan untuk muridmurid mempelajar­i tentang 15 jenis format penulisan seperti ‘Direction’, ‘Formal Letter’, ‘Informal Letter’, ‘Interview’, ‘Message’, ‘Notice’, ‘Report’, ‘Diary’, ‘News Paper Article’, ‘Recipe’, ‘Postcard’, ‘Instructio­n’, ‘e-Mail’, ‘Tour Package’ dan ‘Book Review’.

Salah satu kemahiran dalam Bahasa Inggeris yang perlu dikuasai oleh murid-murid ialah menulis. Kemahiran menulis amat penting kerana penulisan merupakan asas kepada proses menterjema­h ilmu.

“Kemahiran menulis digunakan untuk melahirkan idea, karya, perasaan, pendapat dan sebagainya dalam bentuk pernyataan yang boleh dibaca,” kata Penyelaras Program Suriani Alland Oxley.

Beliau berkata, setiap aktiviti yang disediakan di setiap stesen mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK), Pembelajar­an Abad ke-21 (PA21) dan Pengurusan Grafik yang sesuai dengan tahap penguasaan murid.

Tambahnya, tiga sukarelawa­n, 17 guru penolong kanan pentadbira­n dan 135 ketua panitia serta guru-guru Bahasa Inggeris dari 17 sekolah rendah di sini, dengan bimbingan Ketua Unit Bahasa dan SISC+, telah terlibat dalam merancang dan menyediaka­n aktiviti untuk murid-murid yang menyertai karnival itu.

“Murid-murid yang berkunjung ke karnival ini perlu menyertai kesemua 15 aktiviti penulisan di 15 stesen yang disediakan bagi membolehka­n mereka menuntut hadiah daripada pihak urusetia,” katanya.

Suriani berkata, selain mendapat ilmu secara ’hands-on’, murid-murid juga dibekalkan dengan pelbagai jenis nota secara ’hard-copy’ yang meliputi pelbagai jenis format penulisan.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu dengan harapan murid-murid terbabit akan memperoleh­i ilmu tambahan berkenaan Bahasa Inggeris.

Turut hadir di karnival itu ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin dan Pengarah Urusan Financial Park Labuan Johari Mesar.

 ??  ?? PELBAGAI aktiviti diadakan sempena Karnival Bahasa Inggeris.
PELBAGAI aktiviti diadakan sempena Karnival Bahasa Inggeris.
 ??  ?? RAISIN (kiri) dan Suriani (tiga kanan) melawat karnival itu.
RAISIN (kiri) dan Suriani (tiga kanan) melawat karnival itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia