Utusan Borneo (Sabah)

PKS diseru jalin kerjasama dengan IPT

Guna lebih banyak teknologi untuk meningkatk­an produktivi­ti dan kecekapan

-

KUANTAN: Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digalak mengadakan kerjasama dengan universiti tempatan bagi menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam menghadapi era industri 4.0 dan revolusi industri keempat.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Technology Developmen­t Corporatio­n (MTDC) Sdn Bhd, Datuk Nurhalim Yunus, berkata kerjasama itu penting bagi membolehka­n PKS di negara ini menggunaka­n lebih banyak teknologi untuk meningkatk­an produktivi­ti dan kecekapan syarikat.

“Dalam membangunk­an syarikat, kita perlu menyuntik teknologi dan jika tidak mampu menghasilk­an teknologi itu sendiri kerana sibuk untuk mengeluark­an dan memasarkan produk PKS, kita boleh bekerjasam­a dengan MTDC dan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi membangunk­an teknologi yang diperlukan.

“Kita perlu memanfaatk­an kepakaran penyelidik­an dan teknologi dihasilkan universiti tempatan kerana projek itu dibiayai melalui dana awam yang diberikan kerajaan menggunaka­n cukai yang dibayar oleh rakyat.

“Amat merugikan jika teknologi itu dibiarkan tanpa digunakan sepenuhnya oleh rakyat termasuk usahawan PKS,” katanya kepada pemberita selepas program jelajah tahunan ‘Road2Growt­h’ Ke-4 peringkat Zon Pantai Timur, di sini, semalam, yang disertai hampir 50 peserta.

Menurutnya, kerjasama dengan

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC Sdn Bhd

IPT tidak seharusnya dihadkan kepada aspek pelesenan teknologi atau komersial semata-mata, namun perlu dilihat secara lebih menyeluruh termasuk dalam soal pemindahan teknologi daripada IPT kepada syarikat.

“PKS juga boleh bekerjasam­a dengan IPT untuk melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n bersama untuk menghasilk­an teknologi diperlukan oleh industri tempatan selain mengambil siswazah yang dilatih dalam bidang teknologi sebagai tenaga kerja,” katanya.

Menurutnya, pada masa ini kebanyakan PKS bergantung kepada teknologi mesin yang diimport dari negara lain menyebabka­n mereka terpaksa menanggung kos pengeluara­n yang tinggi sedangkan bagi sesetengah teknologi dan alatan, ia ada dihasilkan di negara ini.

Sehubungan itu beliau berharap, proram tahunan ‘Road2Growt­h’ mampu membuka ruang kepada usahawan tempatan dalam menjalin kerjasama dengan universiti tempatan selain berkongsi pengalaman dengan PKS yang sudah berjaya, hasil dana disumbangk­an MTDC. -Bernama

“Kita perlu memanfaatk­an kepakaran penyelidik­an dan teknologi dihasilkan universiti tempatan kerana projek itu dibiayai melalui dana awam yang diberikan kerajaan menggunaka­n cukai yang dibayar oleh rakyat. DATUK NURHALIM YUNUS

 ??  ?? NORHALIM (tengah) beramah mesra dengan peserta ketika merasmikan MTDC Road2Growt­h 2018 East Coast. -Gambar Bernama
NORHALIM (tengah) beramah mesra dengan peserta ketika merasmikan MTDC Road2Growt­h 2018 East Coast. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia