Utusan Borneo (Sabah)

ICAR Asia sasar jualan bulanan 100 kereta melalui CarlistBid.my

-

KUALA LUMPUR: iCar Asia Ltd, yang melancarka­n perkhidmat­an lelongan kereta dalam talian semalam, CarlistBid.my, menyasarka­n jualan lebih daripada 100 kereta terpakai sebulan melalui laman web ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Hamish Stone berkata, sepanjang tempoh ujian selama empat bulan, CarlistBid.my memperoleh lebih daripada RM2.1 juta, iaitu purata lima hari bagi setiap penyelesai­an jualan, yang dicapai dengan sekumpulan 100 peniaganya.

“Kami menyaksika­n permintaan yang tinggi untuk perkhidmat­an ini kerana kami kini memperoleh 70 kereta secara purata, daripada hanya 10 kereta dalam beberapa minggu pertama,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran di sini, semalam.

Menurutnya, CarlistBid.my akan menggunaka­n pangkalan data penjual dan pembeli iCar Asia, Carlist.my, rangkaian terbesar di negara ini dengan lebih tiga juta penjual dan lebih daripada 3,000 peniaga.

Untuk menjual kereta mereka, penjual hanya perlu mengemukak­an permintaan dalam talian, pada bila-bila masa dan menjadualk­an perkhidmat­an pemeriksaa­n dan penilaian kereta percuma di pusat pemeriksaa­n CarlistBid.my di sebelah Regal Valet Auto Outleting Outlet di Kampung Sungai Penchala.

Sebaik sahaja syarat-syarat bidaan dipersetuj­ui, ia akan dibuka untuk dibida dalam kalangan peniaga Carlist.my di seluruh negara.

“Kami akan berusaha untuk membuka lebih banyak pusat pemeriksaa­n di Malaysia dalam masa terdekat, dengan memberi tumpuan kepada Lembah Klang manakala Pulau Pinang dan Johor akan menjadi bandar satelit seterusnya,” katanya. — Bernama

 ??  ?? HAMISH Stone (dua, kiri) bersama Pengerusi Eksekutif iCara Asia George Chmiel (kiri) mendengar penerangan dari Pakar Penilaian Kenderaan Regal Valet Alfred Hentry (kanan) tentang ‘Diagnostic Scanner’ untuk memastikan sistem kenderaan dalam keadaan baik selepas perasmian CarlistBid. my di Regal Valet semalam. — Gambar Bernama
HAMISH Stone (dua, kiri) bersama Pengerusi Eksekutif iCara Asia George Chmiel (kiri) mendengar penerangan dari Pakar Penilaian Kenderaan Regal Valet Alfred Hentry (kanan) tentang ‘Diagnostic Scanner’ untuk memastikan sistem kenderaan dalam keadaan baik selepas perasmian CarlistBid. my di Regal Valet semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia