Utusan Borneo (Sabah)

Melaka catat pertumbuha­n KDNK 8.1 peratus tahun lepas

-

MELAKA: Ekonomi Melaka mencatat peningkata­n positif dengan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat 8.1 peratus pada tahun lepas.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob berkata, kadar pertumbuha­n itu adalah kedua tertinggi di negara ini selepas Sabah dan sektor perkhidmat­an kekal menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Melaka sebanyak 44.8 peratus.

Beliau berkata, KDNK per kapita Melaka pula meningkat 11.2 peratus kepada RM46,015 tahun lepas dan angka itu adalah lebih baik daripada peringkat nasional, iaitu RM42,228.

“Menyedari Melaka tidak mempunyai sumber asli boleh dieksport, kerajaan negeri akan bekerja keras menggalaka­n pelaburan asing dan pelaburan domestik di kawasan industri negeri ini.

“Saya percaya kerajaan negeri sedang menyusun dan membuat penyesuaia­n terhadap pelan induk pembanguna­n negeri Melaka secara keseluruha­n,” katanya ketika berucap merasmikan pembukaan Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Kompleks Seri Negeri di sini, semalam.

Berdasarka­n Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia 2017 oleh Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Melaka menerima pelaburan diluluskan sebanyak RM4.7 billion tahun lepas, kelima tertinggi berbanding negeri lain.

Mohd Khalil berkata, kutipan hasil negeri tahun lepas adalah RM335 juta yang mana RM242 juta adalah hasil kutipan tanah negeri.

Beliau berkata, kutipan zakat tahun lepas meningkat 17.6 peratus kepada RM85.6 juta dan ini menunjukka­n ekonomi umat Islam negeri ini bertambah baik selain kesedaran membayar zakat semakin meningkat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia