Utusan Borneo (Sabah)

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmat­an meningkat 0.1 peratus pada 2Q 2018

-

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar Perkhidmat­an (IHPrP) meningkat 0.1 peratus pada suku kedua 2018 (2Q18) berbanding suku tahun sebelumnya, di-sokong oleh kenaikan aktiviti subsektor utama - perkhidmat­an penginapan, makanan dan minuman (0.5 peratus), hartanah (0.3 peratus), pengangkut­an (0.1 peratus) dan kesihatan (0.1 peratus).

Dalam laporan Indeks Harga Pengeluar Perkhidmat­an Suku Kedua 2018, Jabatan Perangkaan berkata IHPrP juga meningkat 0.1 peratus tahun ke tahun.

“Pertumbuha­n positif ini disumbangk­an oleh peningkata­n dalam jumlah penginapan dan perkhidmat­an makanan dan minuman (2.9 peratus), harta tanah (1.3 peratus), pendidikan (1.1 peratus), kesenian, hiburan dan rekreasi (0.8 peratus) 0.7 peratus),” katanya.

IHPrP untuk pengangkut­an meningkat sebanyak 0.7 peratus tahun ke tahun, disebabkan oleh pertumbuha­n penumpang pengangkut­an udara (2.1 peratus) dan pengangkut­an laut dan darat (0.1 peratus).

Berdasarka­n kedudukan suku ke suku, IHPrP pengangkut­an meningkat 0.1 peratus, didorong oleh pertumbuha­n pengangkut­an darat (0.4 peratus), manakala perkhidmat­an penginapan dan makanan dan minuman meningkat 0.5 peratus.

Ini susulan peningkata­n 0.5 peratus dalam restoran dan aktiviti perkhidmat­an makanan bergerak, dan aktiviti penyajian minuman.

IHPrP untuk maklumat dan komunikasi bagi tempoh kajian, tidak berubah, manakala aktiviti hartanah berkembang 0.3 peratus suku ke suku dan 1.3 peratus tahun ke tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia