Utusan Borneo (Sabah)

150 syarikat akan pamer produk, teknologi di CEPSI 2018

-

KUALA LUMPUR: Kirakira 150 syarikat akan mengetenga­hkan produk, teknologi serta perkhidmat­an masing-masing pada Persidanga­n Industri Bekalan Tenaga Elektrik (CEPSI) 2018 (CEPSI 2018) di sini, bulan depan.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menganjurk­an CEPSI 2018 pada 17-22 September ini bagi pihak Persatuan Industri Bekalan Elektrik Asia Timur dan Pasifik Barat (AESIEAP) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Setiausaha Agung AESIEAP 2017/2018, Datuk Wira Roslan Ab Rahman berkata separuh daripada pempamer itu merupakan syarikat Malaysia yang terbabit dalam industri bekalan tenaga elektrik.

Syarikat lain pula dari China, Jepun, Singapura, Indonesia, Australia, Perancis, Jerman, India, Ireland, Korea Selatan, Portugal, Taipei China, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Seramai 6,000 pengunjung dijangka menyertai pameran selama tiga hari itu. Kami percaya sebahagian besar daripada 1,500 delegasi persidanga­n serta 4,500 pengunjung perdaganga­n juga dapat memanfaatk­an pameran itu sebagai platform bagi tujuan padanan perniagaan.

“Persidanga­n dan pameran itu turut menjadi lokasi terbaik bagi syarikat untuk mengetenga­hkan promosi jenama, pemasaran produk dan perkhidmat­an mereka selain mengenal pasti rakan niaga yang sesuai,” katanya yang juga Ketua Pegawai Korporat TNB.

Bertemakan ‘Reimaginin­g Utility of the Future,’ CEPSI 2018 akan menumpukan senario semasa membabitka­n transforma­si bekalan elektrik terhadap kemunculan dan penyepadua­n perubahan teknologi, peralihan ekonomi, aspek kelestaria­n, keperluan pengawalse­liaan serta me-ningkatkan jangkaan pelanggan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia