Utusan Borneo (Sabah)

peruntuk RM5.5 juta bikin ‘Ejen Ali The Movie’

-

WAU Animation, pencipta siri animasi 3D Ejen Ali memperuntu­kkan RM5.5 juta bagi pembikinan filem pertama ejen rahsia cilik, ‘Ejen Ali The Movie’.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Usamah Zaid berkata, filem yang kini giat dalam proses pembikinan itu dijangka ditayangka­n pada penghujung tahun depan.

“Seperti pembikinan siri Ejen Ali sebelum ini, sebahagian kos pelaburan filem ini adalah daripada Wau Animation dan Media Prima, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) turut menyalurka­n dana untuk tujuan tersebut,” katanya kepada media selepas tayangan treler filem tersebut pada Jumaat.

Tayangan treler Ejen Ali dilancarka­n bersempena ‘Kre8tif! 2018 Conference & Creative Content Festival’ yang dianjurkan oleh MDEC.

Usamah berkata filem animasi kesan khas yang menggunaka­n kemahiran dan kepakaran anak tempatan sepenuhnya itu turut menyasarka­n tayangan di seluruh rantau Asia.

“Siri animasi Ejen Ali telah ditonton di seluruh 13 negara di rantau ini dan Indonesia adalah negara luar pertama yang akan kita promosikan untuk filem pertama ini memandangk­an ia mempunyai peminat yang ramai di sana malah mencatat posisi antara tiga program kanakkanak paling popular di saluran MNCTV,” katanya.

Terdahulu pada majlis sama, Naib Presiden Bahagian Kandungan Kreatif dan Teknologi MDEC Hasnul Hadi Samsudin mengumumka­n kolaborasi di antara Primework Studios dan tiga studio animasi tempatan iaitu Blindspot Studios, Giggle Garage dan R&D Studio dalam projek penghasila­n siri animasi baharu.

“Di samping itu, LemonSky Animation, pencipta ‘AstoroLolo­gy’, memeterai pelbagai perjanjian lesen dan edaran antarabang­sa dengan Lotta, syarikat China dan Imira Entertainm­ent (Sepanyol) serta perkongsia­n dengan YouTube menerusi Wildbrain (Amerika Syarikat) dan YoBoHo New Media (India),” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Animasia Studio, pasukan di belakang ‘Chuck Chicken’, menandatan­gani pelbagai perjanjian perkongsia­n lesen dan barangan dengan syarikat Australia, Koala Popcorn untuk melancarka­n bertih jagung Chuck Chicken; Foodie4U (Malaysia) untuk menghasilk­an biskut bertemakan Chuck Chicken manakala syarikat Sepanyol Kidzworld SL akan mengeluark­an produk konfeksi bertemakan Chuck Chicken.

“Animasia juga memeterai perjanjian dengan syarikat Malaysia, MCM Studio Entertainm­ent untuk membangunk­an taman tema tertutup di Johor menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Persidanga­n serantau dua hari itu yang bermula Rabu menghimpun­kan lebih 40 peneraju industri kreatif untuk bertukar-tukar pandangan dan pengetahua­n selain meneroka peluang kerjasama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia