Utusan Borneo (Sabah)

Pentas Akhir Bintang Sandakanfm 2018

Sesi ‘battle’ beri kelainan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

BEBERAPA kelainan akan dibawa pada pentas akhir Bintang Sandakanfm 2018 yang bakal berlangsun­g di Padang Perbandara­n Sandakan pada Sabtu ini.

Penerbitny­a Mirnawati Gani (Dj MG) berkata, antara kelainan itu adalah sesi ‘battle’ sesama sendiri untuk lagu kedua selepas setiap peserta mempersemb­ahkan lagu solo masing-masing.

Pada pertanding­an akhir Bintang Sandakanfm sebelum ini, finalis hanya membawakan sebuah lagu, tetapi pada kali ini finalis akan berentap dalam ‘battle’.

Lapan peserta akhir Bintang Sandakanfm 2018 yang akan berentap pada pertanding­an itu nanti adalah Juhainah Bakar, Rahmat Mohamad, Siti Aqiela Nordin, Mohd Redzuan Yusof, Dewi Masita Osman, Jamilah Hanchus, Dayang Sabrina @Nubryne dan Roslinda Asmat.

“Sebelum acara akhir bermula, kita juga akan mengadakan ‘red carpet’ seawal jam 5.30 petang selain persembaha­n buskers, persembaha­n nyanyian daripada Kumpulan Atomic Power yang juga kugiran mengiringi lapan finalis Bintang Sandakanfm 2018,” katanya.

Lebih menarik, pertanding­an akhir Bintang Sandakanfm 2018 pada kali ini juga akan menampilka­n persembaha­n nyanyian daripada enam orang bekas juara Bintang Sandakanfm sebelum ini termasuk Rasheena Rashid (Juara Bintang Sandakanfm 2007), Hashima Hashim (2008), Farah Ashikin (2010), Zuana Zulmat (2012), Azhari Azlan (2014) dan Francisca Juienky (2016).

Majlis perasmian pertanding­an itu dijangka akan dirasmikan Menteri Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong.

Pertanding­an akhir Bintang Sandakanfm 2018 itu akan diacarakan oleh dua gandingan mantap juruhebah Sandakanfm, Asnita Sulaiman (Dj As) dan Mohd Shafizan Latip (Dj Shaff) manakala, Penerbit bersama Bintang Sandakanfm itu adalah Rosdee Mohd Yusoff (Dj Diddy).

Mirnawati berharap pentas akhir Bintang Sandakanfm 2018 pada kali ini akan mendapat sambutan luar biasa dan orang ramai sekitar Sandakan dijemput hadir menyaksika­n pertanding­an akhir itu.

 ??  ??
 ??  ?? MIRNAWATI
MIRNAWATI
 ??  ?? ROSDEE
ROSDEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia