Utusan Borneo (Sabah)

48 penyanyi berentap dalam Pertanding­an Nyanyian Solo Sekolah Rendah, Menengah Negeri Sabah 2018

- Oleh SALMAN ABADI

PERTANDING­AN Nyanyian Solo Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sabah 2018 akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Telupid pada 15-17 Ogos ini.

Pertanding­an itu dianjurkan oleh Unit Kokurikulu­m dan Kesenian, Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan dikelolaka­n oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Telupid/Tongod.

Timbalan PPD Tongod Telupid Jamain Bakut berkata seramai 48 orang dari 24 daerah (PPD) seluruh Sabah akan menyertai dua kategori yang dipertandi­ngkan iaitu kategori sekolah rendah dan menengah.

“Seramai 48 peserta yang masing-masing mewakili kategori sekolah rendah (24) dan sekolah menengah (24) akan bersaing pada peringkat saringan yang akan diadakan pada 16 Ogos (Khamis) jam 8 pagi di Dewan SK Telupid,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas mempengeru­sikan mesyuarat akhir ahli jawatankua­sa (AJK) pengelola pertanding­an itu di Bilik Mesyuarat Aula Perdana Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid, di sini pada Isnin.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Tongod Telupid Tommy Amir.

“Tujuh peserta terbaik dari setiap kategori akan layak ke pertanding­an akhir yang akan diadakan pada sebelah malam, bermula jam 8 malam di tempat yang sama,” jelasnya.

Jamain menambah, majlis perasmian dan penyampaia­n hadiah pertanding­an itu dijangka disempurna­kan oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick.

Dalam perkembang­an berkaitan, daerah Tongod Telupid akan diwakili oleh Maslinalia Muhinin dari SK Ulu Sapi dan Siti Nasirah Nasir dari SMK Tongod Telupid yang kedua-duanya muncul johan kategori masingmasi­ng pada Pertanding­an Nyanyian Solo 2018 peringkat daerah Tongod Telupid di Dewan SK Telupid, baru-baru ini.

Sehubungan itu, bagi pihak PPD Tongod Telupid dan seluruh AJK pengelola pertanding­an itu menjemput masyarakat khasnya di sekitar daerah Telupid untuk hadir bersamasam­a bagi menyaksika­n dan memeriahka­n lagi pertanding­an itu.

 ??  ?? JAMAIN
JAMAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia