Utusan Borneo (Sabah)

J’KUASA KHAS DIBENTUK

Untuk perhalusi tuntutan royalti minyak

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kewangan Negeri Sabah telah memajukan kepada Petronas berhubung isu pemberian royalti 20 peratus kepada negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal.

Beliau berkata, Petronas telah memberi maklum balas bahawa jumlah bayaran tunai hasil minyak dan gas bergantung kepada pelbagai faktor dan sukar untuk dijangkaka­n pada masa ini.

Katanya, antara faktor yang menentukan jumlah bayaran itu adalah mekanisme serta asas peningkata­n bayaran tunai yang perlu dibincang dan diputuskan oleh pihak terlibat.

“Anggaran kadar pengeluara­n minyak dan gas, pelan pembanguna­n lapangan minyak dan gas baharu yang lebih kompleks kerana melibatkan pembanguna­n lapangan minyak serta gas di laut dalam dan harga pasaran minyak mentah dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Joachim Gunsalam (PBSKundasa­ng), Datuk Limus Jury (Upko-Kuala Penyu) dan Datuk Jahid Jahim (PBS-Tamparuli) sempena persidanga­n DUN Sabah pada Selasa.

Shafie berkata Petronas juga memaklumka­n bahawa pihaknya akan merujuk kepada panduan dan mandat daripada Kerajaan Persekutua­n berkenaan sebarang perubahan berkaitan mekanisme serta asas pembayaran hasil minyak dan gas.

Menjawab soalan tambahan Limus, beliau berkata cadangan Kerajaan Negeri untuk meningkatk­an kadar royalti petroleum kepada 20 peratus masih lagi dalam peringkat perbincang­an dengan Kerajaan Persekutua­n.

Sehubungan itu katanya, Kerajaan Negeri akan membentuk jawatankua­sa khas bagi memperhalu­si perkara mengenai tuntutan royalti minyak.

“Ia sebagai satu gambaran sahaja dan dengan andaian bahawa sekiranya kaedah pengiraan kekal seperti yang sedia ada dan dengan mengambil anggaran yang diberikan oleh Petronas bagi bayaran royalti petroleum untuk tahun 2018 iaitu RM1.318 bilion yang dikira berdasarka­n kadar royalti 5 peratus, maka peningkata­n kadar ke 20 peratus akan membolehka­n kutipan royalti tidak kurang daripada RM5 bilion,” katanya.

 ?? -Gambar Jabatan Ketua Menteri ?? SHAFIE (kiri) bersalaman dengan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri selepas menangguhk­an Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa.
-Gambar Jabatan Ketua Menteri SHAFIE (kiri) bersalaman dengan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri selepas menangguhk­an Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia