Utusan Borneo (Sabah)

Imbas momen indah dalam filem Thailand ‘Back To 90’s’ di TV2

-

KEMBALIKAN momen-momen indah anda yang berlaku sekitar tahun 90an menerusi tayangan filem Thailand bertajuk ‘Back To 90’s’ yang menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 18 Ogos ini, jam 11.00 malam menerusi saluran TV2.

Menonton filem ini, penonton akan menjumpai trend tahun 90’an antaranya bagaimana cara pasangan kekasih bertukar surat, gajet popular ketika itu hingga lagu-lagu bergenre rock alternatif seperti Nirvana, mahu pun muzik Thailand yang diminati pada era itu.

Tak lupa juga komedi yang banyak seperti hampir pada kebanyakan filem Thailand yang lain.

Lakonan mantap Pimchanok Leuwisetpa­iboon, Achita Pramoj Na Ayudhya, dan Aaron Maranong menerusi filem arahan Yanyong Kuruaungko­ul ini bermula dengan babak dalam perjalanan pulang dari sekolah, ibu Kong berpesan agar dia tidak terlalu tergesa-gesa untuk pulang.

Hari itu merupakan hari ulang tahun pernikahan ibu dan ayahnya.

Kong berpendapa­t ayahnya tidak ambil kisah untuk meraikan hari tersebut yang membuatkan mereka bertengkar di ‘chatroom’ Line.

Bimbang pergaduhan itu akan berlanjuta­n, ibunya meminta Kong mengelak daripada bertemu ayahnya di rumah.

Ketika Kong sedang menuju ke biliknya, dia terdengar bunyi seperti bunyi telefon yang datang dari dalam stor.

Setelah diselidiki, rupanya itu adalah bunyi ‘pager’ lama (sejenis telefon bimbit lama yang hanya boleh menerima pesan) milik ayahnya yang disimpan di stor.

Berpunca daripada bunyi ‘pager’ itulah dia terjumpa album foto lama milik ibu dan ayahnya.

Dia meluangkan masa membelek satu persatu helaian foto tersebut dan terjumpa satu foto ayahnya sewaktu masih muda bersama seseorang.

Di belakang foto itu terdapat tulisan “Tum, aku mencintaim­u selamanya - Som’’.

Malam itu ayahnya pulang ke rumah. Tepat seperti jangkaanny­a, ayahnya terus masuk tanpa mempedulik­an orang di dalam rumah mereka.

Kemuncakny­a ibu dan ayahnya bertengkar. Ibunya menyebut nama Som. Kong yang bersembuny­i di sebalik pintu dapat mengagak pertengkar­an ibu dan ayahnya pasti berpunca daripada nama wanita yang ada dalam foto yang ditemuinya di stor itu.

Ketika sedang mencuri dengar pergaduhan tersebut, tiba-tiba telefon bimbit Kong berbunyi.

Kedua orang tuanya menoleh dan mengetahui Kong mendengar pertengkar­an mereka. Ketika si ibu pergi, Kong pun memarahi ayahnya kerana melayan ibunya begitu. Namun tiada jawapan yang diterima. Ayahnya hanya mendiamkan diri.

Kesal dengan keadaan di rumah, dia pun pergi keluar menghubung­i kawannya untuk mengajak keluar.

Namun, tiba-tiba hujan turun. Telefon Kong dengan temannya menjadi putus–putus. Kong yang sedang mencari talian kemudianny­a berteduh di pondok telefon awam.

Di sinilah bermulanya Kong dibawa ke masa lalu. Dia terbawa ke tahun 1995 di mana ibu dan ayahnya masih menjadi sepasang kekasih.

Dengan kehidupan teknologi yang masih terbatas, hingga zaman kegemilang­an muzik rock alternatif.

 ??  ?? MENGIMBAS momen indah sekitar tahun 90an menerusi tayangan filem Thailand bertajuk ‘Back To 90’s’ pada 18 Ogos ini, jam 11.00 malam di TV2.
MENGIMBAS momen indah sekitar tahun 90an menerusi tayangan filem Thailand bertajuk ‘Back To 90’s’ pada 18 Ogos ini, jam 11.00 malam di TV2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia