Utusan Borneo (Sabah)

Kedah jalin kerjasama dengan PDRM jejak individu judi dalam talian

-

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengenalpa­sti dan menjejaki individu yang menjalanka­n kegiatan perjudian dalam talian di negeri ini, persidanga­n Dewan Undangan Negeri Kedah diberitahu pada Selasa.

Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Mohd Firdaus Ahmad berkata Kerajaan Negeri memandang serius kegiatan judi dalam talian apabila mencatatka­n 254 aduan awam bagi tempoh Januari 2017 hingga Julai 2018.

“Kita (Kerajaan Negeri) terima aduan daripada orang awam berkaitan promosi perjudian dalam talian jadi, untuk mencegah perkara itu daripada terus berleluasa kita akan kumpul butiran dan maklumat individu yang terlibat.

“Selepas maklumat diperoleh, kita akan menyerahka­nnya kepada PDRM untuk tindakan selanjutny­a iaitu menjejaki individu terbabit,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Norsabrina Mohd Noor (BN-Bandar Baharu).

Katanya, selain PDRM Kerajaan Negeri turut bekerjasam­a rapat dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam pada itu, Mohd Firdaus berkata Kerajaan Negeri akan menjalinka­n kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk melaksanak­an program kesedaran dalam kalangan pelajar bagi memberi kesedaran mengenai bahaya pedofilia, pornografi dan jenayah siber.

“Walaupun secara amnya ia tidak memberi impak kepada sistem pendidikan tetapi ia boleh menular, jadi kita tidak akan biarkan perkara itu berlaku dalam kalangan pelajar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia