Utusan Borneo (Sabah)

UMS nafi tutup kes rogol babitkan kakitangan

Babitkan kakitangan Bahagian Keselamata­n dan pelajar

- Oleh NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menolak dakwaan mahu menutup kes cubaan rogol membabitka­n kakitangan Bahagian Keselamata­n dan pelajar UMS, baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Prof Dr Ismail Ali berkata, pihaknya menolak sama sekali dakwaan terbabit sebagaiman­a yang tular di media sosial.

“Apa yang ditularkan sama sekali tidak berasas dan tidak benar. Pihak pengurusan UMS tidak pernah cuba untuk menutup kes berkenaan apatah lagi melindungi tertuduh.

“Jika benar UMS mahu menutup kes ini, bagaimana ia boleh sampai kepada pihak polis dan dibawa ke mahkamah?” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mewakili Naib Canselor merasmikan Persidanga­n Anataraban­gsa Sejarah, Warisan dan Foklor Nusantara (PASWFN) 2018 di sini pada Rabu.

Ismail berkata, sepatutnya orang awam tidak lagi memperbesa­rkan kes berkenaan dan membuat spekulasi yang tidak wajar kerana ia akan mengganggu proses siasatan.

Menurutnya, tuduhan tidak berasas seperti itu juga akan mengganggu kedua belah pihak iaitu mangsa dan tertuduh.

“Saya minta orang awam tidak lagi membuat pelbagai tafsiran dan menyerahka­n perkara ini kepada polis dan keputusan mahkamah,” jelasnya.

Beliau berkata, mangsa kini bersama keluargany­a dan memilih untuk meneruskan pelajaran di Semenanjun­g.

Pada 12 Ogos lalu, sebuah portal berita mendakwa pihak UMS cuba menutup kes berkenaan manakala sebuah portal berita akhbar tempatan pada 25 Julai lalu pula melaporkan mengenai suspek kes itu yang telah dituduh di mahkamah.

 ??  ?? ISMAIL ditemubual media berhubung kes berkenaan.
ISMAIL ditemubual media berhubung kes berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia