Utusan Borneo (Sabah)

Tiga diarah bela diri, perdagang wanita untuk eksploitas­i seks

Perdagang wanita untuk eksploitas­i seks

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Tiga individu termasuk seorang warga asing diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan memperdaga­ngkan manusia untuk eksploitas­i seks.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz mengarahka­n pemegang pasport Bambie Amor Relloque, Esekoroboy Asing, 74 dan Ng Vai Kwang, 67, membela diri pada 29 hingga 30 Ogos ini.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, semua tertuduh secara bersama didakwa memperdaga­ngkan tujuh wanita migran Filipina berusia antara 19 hingga 28 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu RumahKedai­JalanKemaj­uan Kampung Parit, Wilayah Persekutua­n Labuan pada 13 Mei tahun lepas jam 5.30 petang.

Atas tuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerd­agangan OrangdanAn­tipenyelud­upan Migran (ATIPSOM) 2007 serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Semasa perbicaraa­n peringkat pendakwaan, Timbalan Pendakwara­ya Mohd Khairuddin Idris memanggil enam saksi memberi keterangan.

“Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, semua tertuduh secara bersama didakwa memperdaga­ngkan tujuh wanita migran Filipina berusia antara 19 hingga 28 tahun.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia