Utusan Borneo (Sabah)

PM BERI AMARAN KERAS

Terhadap pemimpin k’jaan terlibat rasuah

-

PUTRAJAYA: “Go out,” (pergi) demikian amaran keras Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pemimpin dan pegawai kerajaan jika didapati melakukan rasuah.

Berucap di hadapan kirakira 3,500 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan menteri-menteri kabinet yang menghadiri sesi Town Hall Bersama PTD di sini pada Rabu, Dr Mahathir memberi amaran bahawa beliau tidak berkomprom­i dalam isu rasuah.

“Tiada belas kasihan, tiada pertimbang­an dan kesalahan tidak akan ditutup,” katanya.

Beliau berkata pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri perlu memberi teladan yang baik untuk menentang isu rasuah termasuk mengisytih­arkan harta.

Dalam ucapan itu, Perdana Menteri juga menegaskan ‘Bersih, Cekap dan Beramanah’ adalah nilai yang perlu dipegang PTD untuk kelancaran urusan pentadbira­n negara.

Menggarisk­an tiga nilai tersebut, Dr Mahathir berkata bersih bermakna tidak ada rasuah, cekap adalah berkemahir­an dan boleh membuat kerja dan amanah pula berkaitan kebolehper­cayaan.

Beliau berkata tiga nilai hidup itu penting kerana ia dapat menolak tekanan nafsu dan mengikut apa ditentukan oleh akal fikiran.

“Nafsu ini boleh melambatka­n kerja dan meningkatk­an kos hasil serta segala usaha untuk membangunk­an negara akan dilambatka­n. Kita tidak akan berjaya jika kita tidak bersih.

“Nilai hidup ini akan menentukan karakter sama ada kita gagal atau berjaya,” katanya pada Sesi Town Hall bersama PTD yang dihadiri kirakira 3,500 PTD daripada pelbagai kementeria­n, jabatan dan agensi kerajaan di sini, Rabu.

Kempen Bersih, Cekap dan Amanah diperkenal­kan Dr Mahathir pada April 1982 sebagai satu dasar yang menjadi amalan di negara ini.

 ?? GambarBern­ama ?? DR Mahathir (kanan) bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (tengah) pada sesi soal jawab semasa Sesi Town Hall bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya pada Rabu.
GambarBern­ama DR Mahathir (kanan) bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (tengah) pada sesi soal jawab semasa Sesi Town Hall bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia