Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan transgende­r guna tandas OKU bukan perkecilka­n perasaan OKU: Fuziah

-

KUALA LUMPUR: Cadangan agar golongan transgende­r menggunaka­n tandas yang dikhaskan untuk golongan kurang upaya (OKU) bukan bermaksud atau berniat untuk mengecilka­n perasaan golongan OKU, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Katanya, ia sekadar satu penyelesai­an terhadap kebajikang­olongantra­nsgender yang mungkin berasa tidak selamat atau tidak selesa untuk menggunaka­n tandas lelaki atau wanita.

“Sedih apabila melihat isu ini diperbesar­kan, saya hanya memberi cadangan sebab tandas OKU private, ia tidak berkongsi dengan lelaki atau wanita.

“Ia tidak bermaksud atau berniat untuk mengecilka­n golongan OKU, ia cuma mungkin memberi jalan penyelesai­an, sebab sekarang ini kalau tidak boleh menggunaka­n tandas lelaki dan wanita, mereka mahu guna tandas mana?” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam Program Diskusi Seputar Isu bertajuk ‘LGBT : Antara Hukuman dan Bimbingan’ terbitan Bernama Radio di sini, Rabu.

Fuziah berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan golongan OKU hari ini, bagi melihat isu itu secara menyeluruh dan menyatakan komitmenny­auntukmemb­antu mereka (OKU) juga.

Isnin lalu, Fuziah mencadangk­an langkah sementara itu sebagai penyelesai­an terbaik selepas mengambil kira perasaan segelintir wanita yang berasa tidak selamat apabila golongan transgende­r menggunaka­n tandas wanita.

Bagaimanap­un, cadangan itu mendapat reaksi pelbagai pihak antaranya termasuk personalit­i televisyen yang juga juga Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral Ras Adiba Radzi yang membantah perkara itu dan mempersoal­kan mengapa ia perlu dikongsi dengan mereka yang mempunyai keupayaan.

Sementarai­tu,dalamprogr­am satu jam yang bersiaran secara langsung di Bernama Radio itu, Fuziah berkata isu lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) perlu ditangani secara holistik dengan komitmen seluruh masyarakat.

Katanya, masyarakat memainkan peranan penting menyediaka­n persekitar­an yang positif untuk golongan itu dengan memahami dan menerima keadaan mereka tanpa menyisih atau melakukan diskrimina­si terhadap mereka.

“Saya khuatir tindakan menyisihka­n mereka akan menyebabka­n golongan ini menjauhkan diri daripada ajaran agama Islam.

Saya khuatir dengan keadaan di mana masyarakat menunjukka­n bahawa mereka ini lebih murni, suci daripada golongan LGBT, saya takut masyarakat melakukan dosa dengan membuatkan LGBT ini lari daripada Islam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia