Utusan Borneo (Sabah)

Perintah ikat jamin Olivia dilanjutka­n, kes sebut semula 23 Ogos

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Mahkamah Majistret di sini pada Rabu melanjutka­n perintah ikat jamin terhadap Olivia Chong Oi Yun, 34, yang menghadapi dua pertuduhan pindaan berasingan.

Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus menetapkan tarikh sebutan semula pada 23 Ogos untuk pengurusan kes melibatkan kesemua dokumen berkaitan untuk perbicaraa­n.

Dokumen-dokumen terbabit hendaklah diserahkan daripada pihak pendakwaan kepada tertuduh atau peguamnya selaras peruntukan Seksyen 51A (1) Kanun Prosedur Jenayah.

Olivia yang juga bekas calon sebuah parti tempatan yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13, hadir di mahkamah dengan ditemani peguamnya Abdul Gani Zelika.

Tertuduh hadir dengan memakai kemeja lengan panjang berwarna biru dan hijau gelap serta mengenakan topi, seluar dan kasut berwarna hitam sambil memakai penutup mulut.

Dalam pengakuann­ya, tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta dibicaraka­n untuk pertuduhan menyebabka­n kematian empat pemuda dan kecederaan seorang pemuda.

Mengikut kertas pendakwaan, tertuduh didakwa memandu dalam keadaan mabuk pada 8 Julai, kira-kira jam 1.20 pagi di Jalan Chong Thien Vun, Pusat Komersil BDC (1 Arena).

Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menyebabka­n kematian kepada Hiew Nyuk Wei, 30, Clawence Wong Vun Kit, 21, Dicson Lim Kien Shing, 16, dan Chung Vui Chan, 21.

Manakala dalam pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menyebabka­n kecederaan terhadap Chin Guan Xiong, 21, di lokasi sama.

Kedua-dua pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Firdaus mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333).

Terdahulu, tidak ada pengakuan direkodkan ketika sebutan kes Olivia yang pertama pada 12 Julai dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4, 000 dengan dua penjamin tempatan.

Untuk rekod, polis menahan reman tertuduh selama empat hari pada 9 Julai untuk siasatan, malah kes ini turut mendapat liputan meluas media dan menarik perhatian ramai.

 ??  ?? OLIVIA berjalan kaki keluar dari Mahkamah Tawau dengan memakai penutup mulut sambil ditemani peguamnya Abdul Gani.
OLIVIA berjalan kaki keluar dari Mahkamah Tawau dengan memakai penutup mulut sambil ditemani peguamnya Abdul Gani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia