Utusan Borneo (Sabah)

Guna cukai jalan palsu, banduan terima padah

- - Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang banduan menerima hukuman 18 bulan penjara gara-gara memakai cukai jalan palsu semasa memandu kenderaann­ya pada 4 Julai di Batu 2 Jalan Apas.

Jamaluddin Sangkala, 53, warga asing, mengaku bersalah melakukan kesalahan terbabit di hadapan Majistret Herlina Muse di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Hukuman terhadap tertuduhdi­jatuhkanme­ngikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang membawa hukuman denda RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara satu tahun hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Bagaimanap­un, mahkamah memerintah­kan supaya tertuduh menjalani hukuman penjaranya itu serentak dengan hukuman yang dijalaniny­a di penjara sekarang.

Tertuduh ditahan di Batu 2 Jalan Apas pada 4 Julai kirakira jam 8.45 pagi kerana mempamerka­n nombor pendaftara­n kenderaan QMG3242 yang dipercayai palsu.

Hasil pemeriksaa­n mendapati, nombor pendaftara­n dan butiran kenderaan itu berbeza dengan semakan Jabatan Pengangkut­an Jalan dalam sistem MCops dan MySikap.

Semakan terhadap casis kenderaan PN133JV250­8509146 pula didapati sepadan dengan nombor pendaftara­n sebenar ST27161 dan tidak sama dengan yang digunakan tertuduh.

Pendakwaan kes berkenaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa ASP Joan Lee.

Untuk rekod, tertuduh dijatuhkan hukuman satu tahun penjara bermula pada 11 Julai kerana kesalahan memakai kad pengenalan palsu dengan nama Royner Rayner Sangkala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia